Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ta.mor.ga.na] | فاتامورݢان

Definisi : 1. sesuatu yg bersifat khayalan 2. sj logamaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatamorgana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila semak, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, warawiri atau wara-wiri, fatamorgana atau fata morgana apakah maksud kausa dan lokatif berikan contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan, men---kan atau men---i yang membawa maksud kasatif atau lokatif berikan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya tetapi selepasnya, membezakan benda bernyawa atau tidak berkan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya yang kalau diganti sesama sendiri masih tidak mengubah maksud perkataan berkenaanEjaan yang betul ialah apa pun, seperti mana, warawiri dan fatamorgana. Maksud kausatif ialah (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i yang membawa maksud kausatif atau lokatif ialah menghadiahi dan menghadiahkan. Contoh kata kerja yang menerima imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i serta boleh silih berganti tanpa mengubah maksud perkataan berkenaan seperti Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.Tatabahasa29.08.2007
Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar tentang penggunaan perkataan fata morgana. Jika saya membetulkan konteks ayat kepada ayat demikian. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca. Dengan ini, matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana

Untuk makluman sdri  Hui, ejaan fatamorgana dirapatkan bukan dijarakkan menjadi dua perkataan.  Fatamorgana bermaksud sesuatu yang bersifat khayalan. 

Sdri Hui telah membina dua ayat tunggal. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pembentukan ayat sdri  boleh digabungkan dengan memasukkan kata hubung " supaya" menjadi ayat  majmuk keterangan(rujuk Buku Tatabahasa Dewan hlm 514-515) ayat sdri  boleh ditulis seperti yang berikut:

 (1) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fatamorgana semata-mata.

atau

 (2) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi khalayan semata-mata.

Untuk makluman sdri Hui,  penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.

Tatabahasa25.02.2009

Kembali ke atas