Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fat.wa] | فتوى

Definisi : Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dgn tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fat.wa] | فتوى

Definisi : keputusan ttg perkara agama yg diberikan oleh mufti atau alim ulama. memfatwakan memberikan fatwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatwa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fatwafatwaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
Ninety-Five ThesesFatwa Sembilan Puluh LimaSejarahTiadaTiada
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaKomunikasiTiadaTiada
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaPentadbiran PerniagaanTiada1. Garisan: Garisan menegak dan mengufuk dalam penjadualan.
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaMatematikTiadaTiada
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaKejuruteraanTiadamembuat garis pada tulisan, buku akaun, kertas lejer, dan sebagainya, dengan kertas disampaikan menggunakan sabuk tanpa hujung dan bersentuhan dengan cakera atau pena yang sesuai.
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaGeografiTiadaTiada
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaUndang-undangTiadaTiada
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.

Kembali ke atas