Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.ri] | فيري

Definisi : (féri) sj bot atau kapal utk mengangkut penumpang, kenderaan, dll menyeberangi sungai, selat, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.ri] | فيري

Definisi : /féri/ sj kenderaan (motobot atau sj rakit) yg digunakan utk mengangkut orang, barang dll menyeberangi sungai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah feri ke Pulau Langkawi petang besok? Adakah, petang besok - prnggunaannya betul?Besok ialah bahasa percakapan bagi perkataan esok. Oleh itu, dalam situasi rasmi penggunaan perkataan esok yang gramatis.Tatabahasa17.05.2012
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Mohon tanya sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan) 1)Apabila ayah pulang sahaja dari pejabat, adik bongsu kami segera mendapatkannya. 2)Beberapa orang askar yang belot terhadap kerajaan akan dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi. 3)Jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan feri di Pulau Tioman baru-baru ini tidak terkira ramainya. Atas kerjasama tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekia, terima kasih. Terima kasih. Izani b. Hj. DaudPenggunaan kata sendi nama dalam ayat pertama dan kedua kurang tepat, manakala penggunaan kata sendi nama dalam ayat ketiga adalah tepat.Tatabahasa13.06.2012
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera pihak DBP bahagian sintaksis/tatabahasa. Saya mengalami kekeliruan dalam bidang ini dan beberapa persoalan untuk diajukan. Seperti yang kita sedia maklum, setiap ayat yang ditulis mahupun diucapkan sama ada panjang atau pendek dapat dikembalikan kepada ayat dasar ataupun ayat ini yang menjadi dasar kepada pembentukan ayat. Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai sebuah petikan ini: "Pada hari Ahad yang lepas, rombongan SK Kampung Chalok telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor. SK Kampung Perman di kawasan pedalaman negeri Johor. Kami tiba di Jeti Pelapol pada pukul 6 pagi. Kami menaiki feri untuk ke sana. Bagi menuju ke sekolah tersebut, kami perlu menongkah arus sungai yang deras. Tepat pada pukul 8 pagi, kami telah tiba di sana. Kami gembira pihak sekolah telah mengadakan sambutan untuk meraikan kedatangan kami." Petikan tersebut mengandungi 7 ayat. Namun, saya mengalami kekeliruan untuk: 1. membezakan ayat majmuk dan ayat tunggal dari segi binaan frasa dan binaan klausa. 2. Selain itu, susunan ayat dan ragam ayat ketujuh-tujuh ayat tersebut mengelirukan saya dalam mengklafikasikan mereka. Bolehkah pihak DBP memberikan pencerahan kepada saya? Saya berharap pihak DBP mampu memberikan penerangan yang baik untuk saya dalam memahami perkara di atas. Saya memerlukan maklumat tersebut untuk mamahamkan saya lagi dalam bidang sintaksis. Terima kasih.Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Contoh: Pasukan bola jaring kebangsaan kita (subjek) bermain bersungguh-sungguh (predikat). Ayat majmuk pula ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh: Ali sedang membac buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik. Ayat asal: (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Berdasarkan penerangan dan contoh ayat ini, sila teliti contoh-contoh ayat yang tuan berikan. Perlu diingat, ayat yang panjang tidak bermakna ayat tersebut ayat majmuk, selagi ayat itu hanya mengandungi subjek dan predikat, ayat itu ialah ayat tunggal.
Contoh: Pada hari Ahad yang lepas, rombongan SK Kampung Chalok telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor - ayat ini ialah ayat tunggal.
(a) Subjek - rombongan SK Kampung Chalok
(b) Predikat - telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor pada hari ahad yang lepas.
Untuk maklumat lanjut sila baca penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 463 - 514. Tuan juga perlu menguasai aspek subjek dan predikat, rujuk halaman 465 dan 467 buku yang sama. 
Tatabahasa13.09.2023

Kembali ke atas