Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEOW YIT KIN

Seow Yit Kin (1955 – ), ahli muzik Singapura yang

menjadi pesaing paling muda memenangi

pertandingan piano anjuran British Broadcasting

Corporation ketika berumur 19 tahun. Dia

meneruskan persembahan solonya yang hebat

dengan beberapa orkestra yang terkenal di peringkat

antarabangsa. Pada tahun 1980, dia bermain dalam

konsert bersama dengan Sir Yehudi Menuhin di

Festival Grand Teton di Amerika Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas