Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1 kata dlm hati; ingatan. 2 akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikir

Puisi
 

Ukir-ukir pinang Betawi,
     Pinang satu dibelah dua;
Fikir-fikir badan sendiri,
     Bantal satu kepalanya dua.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Khabar jauh dengar-dengarkan,
     khabar dekat fikir-fikirkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
intellectualadj 1. a. of the intellect as opposed to the emotions, intelektual, daya fikir: ~ faculties, fakulti intelektual, ~ powers, kuasa daya fikir; b. needing, appealing to, using the intellect, intelektual, approp v + daya fikir: he is interested in more ~ pursuits, dia berminat dlm aktiviti-aktiviti yg merangsang daya fikir; the discussion was too ~ for him; he was really out his depth, baginya perbincangan itu memerlukan daya fikir yg terlalu tinggi or terlalu intelektual; dia langsung tdk memahaminya; ~ topics, tajuk-tajuk yg intelektual, perbincangan intelektual; 2. having, exhibiting high intellect, intelektual: she could be described as an ~ poet, dia dapat dikatakan sbg penyair yg intelektual;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pondervi& vt berfikir-fikir: he ~ed for a while before agreeing to accompany his friend, dia berfikir-fikir sekejap sebelum bersetuju utk mengikut kawannya; the spectators waited patiently while the chess player ~ed his next move, para penonton menunggu dgn penuh kesabaran sementara pemain catur itu berfikir-fikir akan langkah seterusnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
supposevt 1. think, presume, agak, rasa, fikir: what makes you ~ that I disapprove of you?, apakah yg membuat kamu fikir bahawa saya tdk suka pd kamu?; I don’t ~ you’d like to come with me, would you?, saya fikir kamu tdk suka datang dgn saya, bukankah begitu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imagine3. think, believe, fikir: I don’t ~ that it will rain this evening, saya tdk fikir hujan akan turun petang ini; 4. suppose, rasa, ingat: I ~ (that) they’ll get there on time, saya rasa mereka akan sampai di situ tepat pd waktunya; you don’t ~ I’m going to let them do as they please, do you?, takkanlah kamu ingat saya akan membiarkan mereka berbuat sesuka hati mereka?; 5. assume without a basis, ingat, fikir: he ~s he nows everything, dia ingat dia tahu segala-galanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think~ for, fikir: ~ for a moment before you say anything, fikir sejenak sebelum kamu mengatakan sesuatu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think2. believe, fikir, ingat: I ~ she is telling the truth, saya fikir dia bercakap benar; do you ~ she’ll come?, kamu ingat dia akan datang?; 3. consider, memikir, menganggap: he ~s himself a great politician,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shrink ~ from the thought, tdk mahu fikir langsung: she shrank from the thought of having to kill it, dia tdk mahu fikir langsung utk membunuh binatang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debate~ /with os., in o’s mind/, berfikir-fikir, bertimbang-timbang, berkira-kira: e ~d with himself before making the decision, dia berfikir-fikir sebelum membuat keputusan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thinkingn 1. act of thinking, (ber)fikir: you’d better do some hard ~, lebih baik kamu fikir betul-betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dally~ with, a. think about but not seriously, berfikir-fikir walaupun tdk sepenuh hati: they dallied with the idea of migrating to Canada, mereka berfikir-fikir, walaupun tdk sepenuh hati, utk berhijrah ke Kanada; b. trifle with, (person) bermain asmara; (person’s affection) mempermainkan: he merely dallied with her, dia hanya bermain asmara dgn gadis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas