Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thought broadcastingpenyiaran fikiranPerubatanPsikiatriKepercayaan bahawa fikiran seseorang dapat didengari oleh individu lain seolah-olah disiarkan ke udara.
thought broadcastingpenyiaran fikiranPerubatanPsikiatriKepercayaan bahawa fikiran seseorang dapat didengari oleh individu lain seolah-olah disiarkan ke udara.
thought controlkawalan fikiranPerubatanPsikiatriKepercayaan bahawa fikiran seseorang berada di bawah kawalan individu yang lain atau kuasa luaran, seperti dikawal oleh alat kawalan jauh.
thought insertionselitan fikiranPerubatanPsikiatriKepercayaan bahawa fikiran individu yang lain atau kuasa luaran berada dalam minda seseorang.
thought withdrawalpenarikan fikiranPerubatanPsikiatriKepercayaan bahawa fikiran seseorang telah dikeluarkan dari mindanya oleh orang lain atau kuasa luaran.
homologyhomologiKesusasteraanTiadaPersamaan dalam bentuk struktur fikiran. Lucien Goldman, seorang ahli teori sosiologi Rumania menamai bentuk persamaan ini sebagai homologi. Goldman berpendapat struktur fikiran bukan suatu struktur linguistik tetapi merupakan corak hubung kait antara konsep tertentu. Struktur sesuatu karya sastera yang dihasilkan itu mempunyai persamaan atau nilai homologi dengan struktur fikiran kumpulan sosial yang diperkatakan dalam karya tersebut.
thought disordergangguan fikiranPerubatanPsikiatriGangguan yang muncul dalam proses pemikiran atau kandungan fikiran.
thought stoppinghentian fikiranPerubatanPsikiatriTeknik terapi kognitif tingkah laku yang dilakukan terhadap pesakit untuk menghentikan fikiran automatik yang berunsur negatif.
psychosispsikosisHerbaFitoterapiGangguan fikiran yang dicirikan oleh gangguan personaliti dan hilangnya realiti disebabkan fikiran bercampur dengan khayalan dan halusinasi.
picture in our headgambaran dalam fikiranKomunikasiTiadaAndaian yang menyatakan bahawa komunikasi merupakan proses menyampaikan gambaran daripada fikiran seseorang kepada orang lain. Teori ini diperkenalkan oleh Walter Lippmann di dalam bukunya yang bertajuk Public Opinion.
12345678910...

Kembali ke atas