Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fik.syen] | فيکشن

Definisi : 1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fiksyen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya.Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian.Tatabahasa03.07.2013
Salam. Apakah yang dimaksudkan dengan karya fiksyen sains?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, fiksyen bermaksud karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yang diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi.

Daripada definisi tersebut, karya fiksyen sains bolehlah ditakrifkan sebagai karya sastera seperti novel dan cerita pendek yang  bertemakan/berkaitan dengan sains.
Makna19.05.2015
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen.Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun.Lain-lain14.02.2012
Saya ingin mencari novel Fiksyen Indonesia Moden. Novel tersebut ialah Siti Nurbaya Karangan Marah Rosli, Belenggu Karangan Armijn Pane dan Keluarga Gerilya karangan Pramodeadya AnantatoerSaudara boleh mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.   Saudara juga mungkin boleh meminjamnya dari perpustakaan negara atau perpustakaan negeri atau dari Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan melihat nama penerbitnya untuk memesan terus daripada penerbit.  Saudara juga boleh memohon bantuan perpustakaan untuk mendapatkan alamat penerbit.Lain-lain04.07.2009
Salam Tuan ,apakah ejaan yang betul bagi fisksyen ?Ejaan yang betul ialah fiksyenEjaan01.02.2016
Saya ingin bertanya apakah istilah dalam Bahasa Melayu perkataan Inggeris 'teleport'. Ia biasanya digunakan dalam filem sains fiksyen. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah "teleport". Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah04.04.2018
melalui internet, dari mana saya boleh mendapatkan perkataan-perataan menarik berbentuk klasik sebagai rujukkan untuk saya menulis cerita berunsur epik bukan fiksyen?DBP telah menebitkan sebuah buku yang menyenaraikan kata dan istilah lama berserta pengertian, cara penggunaan dan variasi ejaannya. Buku yang diberi judul "Panduan Kosa kata Sastera Klasik", diselenggara oleh Wahyunah Hj. Abd Gani, tahun terbit 1991 dan jumlah halaman203.Lain-lain14.07.2008
Salam, apakah terjemahan yang paling tepat untuk 'prologue'? Melalui carian internet, terjemahannya prolog dan permulaan. 'Prologue' ini biasanya terdapat dalam buku genre fiksyen.Perkataan yang digunakan ialah prolog. Prolog ialah kata-kata atau bahagian pendahuluan/permulaan terhadap sesebuah karya seperti novel ataupun persembahan seperti sandiwara, pidato dan yang seumpamanya.Lain-lain07.03.2012
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasihTentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%.Lain-lain21.11.2007
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
12

Kembali ke atas