Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filem


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Maskara Shorties" malam filem-filem pendekKassem Jalan SilangDewan Budaya1 February 2009
Filem Bollywood Dan Filem Melayu Selari Dengan Selera Tempatan?Amirul FaizDewan Budaya1 October 2000
Genre filem dan penapisan filem tempatanHaswida Abu BakarDewan Budaya1 May 2004
Festival filem ke mana arah filem Melayu 2004A. Wahab HamzahDewan Masyarakat1 April 2004
Filem Cinta dan cita-cita sekularS.M. ZakirMilenia Muslim1 February 2007
Filem Malaysia 2006: perubahan mula terserlahNorman YusoffDewan Masyarakat1 January 2007
Filem pendek aspirasi golongan mudaMohammad Mahdi AbasDewan Masyarakat1 November 2006
Filem Melayu dalam PertumbuhanAbu Hassan HasbullahDewan Budaya1 November 2005
Filem Melayu Kurang Semangat Nasionalisme?Zairul Anuar Md. DawamDewan Budaya1 August 2005
Filem Melayu dilema dua eraMansor PutehDewan Budaya1 March 2009
12345678910...

Kembali ke atas