Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filem


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
erotik(bkn buku, gambar, filem dsb) boleh membangkitkan nafsu syahwatKamus Dewan Perdana
erotikakarya berbentuk buku, gambar, filem dsb yg boleh membangkitkan nafsu syahwatKamus Dewan Perdana
emulsilapisan gelatin pd bahagian bawah jalur filem yg mengandungi bahan sensitif yg peka kpd cahaya dan berkemampuan menangkap imej fotoKamus Dewan Perdana
efekkesan, terutamanya yg berkaitan dgn bunyi atau imej yg dicipta dlm filem, video dsbKamus Dewan Perdana
estetikberkaitan dgn keindahan terutamanya dlm karya seni spt lukisan, sajak atau filemKamus Dewan Perdana
estetikakeindahan yg terdapat dlm sst hasil seni spt lukisan, sajak atau filemKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas