Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan kata pemergian dalam ayat berikut Betul? Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Atau Perkataan pemergian perlu ditukar 'kepergian' lebih tepat? Mengapa?Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Dalam kamus pemergian juga bermaksud kepergian, bagaimanapun dalam laras ayat tersebut kata pemergian telah lazim digunakan.Tatabahasa09.05.2017
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,pengaruh filem juga mendorong remaja terjebak dalam kes buli.Filem-filem yang mengandungi unsur gangsterisme yang dapat meracuni fikiran remaja.Mereka yang suka meniru pakai perbuatan pelakon dalam filem tersebut akan mencontohi perbuatan pelakon tersebut dan membuli pelajar lain.Mereka akan berasa bangga dengan “keberanian” mereka dan terlibat kegiatan negatif ini.Di samping itu, pengaruh filem juga mendorong remaja terjebak dalam kes buli. Filem-filem yang mengandungi unsur gangsterisme boleh meracuni fikiran remaja. Mereka akan berasa bangga dengan “keberanian” mereka dan terlibat kegiatan negatif ini.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Apakah padanan yang sesuai utk perkataan "zombie", merujuk kepada penggunaannya dalam filem-filem dari Amerika Syarikat. 1. ​(in some African and Caribbean religions and in horror stories) a dead body that has been made alive again by magic 2. (informal) a person who seems only partly alive, without any feeling or interest in what is happening Terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

zombie - zombi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.06.2022
tuan filem berunsur lucah atau filem berunsur kelucahan atau filem berunsur lucahFrasa yang betul ialah filem berunsur lucah.Tatabahasa24.01.2012
Saya munskil berkenaan penggunaan tatabahasa "filem" ini. Saya terfikir, adalah perlu meletakkan perkataan "filem" bagi setiap nama filem yang wujud di dunia ini. Hal ini kerana untuk menjaga tatabahasa BM ketika meletakkan tajuk dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Contohnya: "Naruto the Movie". Di Jepun, filem ini lebih dikenali dengan nama itu, bahkan hampir seluruh dunia mengenali filem itu dengan nama sedemikian. Tapi perlukah meletakkan perkataan filem dihadapan tajuk tersebut? Saya faham jika pada perenggan atau ayat tidak mengapa. Tapi pada tajuk artikel perlukah berbuat sedemikian. Adakah dengan tidak meletakkan perkataan "filem" akan mencalarkan tatabahasa BM?Perkataan filem boleh digugurkan sebelum tajuk filem dan pada ayat seterusnya perlu ada maklumat yang menjelaskan bahawa tajuk itu ialah filem, seperti "Naruto the Movie. Di negara Jepun, filem ini lebih dikenali dengan nama itu ..."Tatabahasa29.11.2018
Saya ingin mendapatkan pencerahan berkaitan penggunaan kata ganda penuh. Adakah penggunaan kata ganda perlu dalam menggambarkan bilangan yang banyak? Contohnya jika saya menyatakan the films are great atau the themes in the movie. Dalam bahasa melayu perlukah saya menggunakan "filem-filem" dan "tema-tema" dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan bilangan yang banyak? Setahu saya ini adalah tidak diperlukan. Mohon pencerahan.Penggunaan kata ganda penuh adalah dibenarkan untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Walau bagaimanapun, keperluan penggunaan kata ganda ini bergantung pada konteks penggunaan. Oleh itu, kita perlu melihat keseluruhan teks atau ayat untuk menentukan sama ada perkataan tersebut perlu digandakan atau tidak.Istilah16.09.2016
salam......apakah maksud novel dan filem...... banyak novel yang diadaptasi ke filem, apa kaitan/hubungan novel dan filem....terima kasihNovel ialah cerita rekaan (cereka) yang dipaparkan melalui perkataan sementara filem adalah cereka yang dipaparkan melalui audio visual (alat pandang dengar). Kaitan /hubungan novel dan filem ialah kedua-duanya adalah alat penceritaan suatu peristiwa atau kisah atau cerita cuma mediumnya berbeza iaitu novel melalui perkataan/bahasa dan filem melalui alat pandang dengar.Lain-lain11.08.2008
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video"

Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1.  Video  iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.

Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain.
Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb.

Istilah17.02.2018
maksud austrik dan filem.Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari filem&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1Makna24.12.2015
adakah penerbitan filem mukhsin meningkatkan martabat bahasa melayu?Filem Melayu memainkan peranan penting ke arah memartabatkan bahasa Melayu khususnya di Malaysia. Namun demikian, jika sesebuah filem cenderung menggunakan bahasa rojak, usaha murni ini tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Bagi membantu, saudara boleh membuat kajian pada filem ini untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam filem ini.Lain-lain26.12.2007
12345678910...

Kembali ke atas