Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filem


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Filem-filem Melayu terlalu diikat oleh pandangan dan analisa sosialsempitKu Seman Ku HusseinUtusan Malaysia05.07.1984
Filem-filem tempatan perlu diperkukuh sebelum keluar negeri - produserKu Seman Ku HussainUtusan Melayu13.02.1987
Filem-filem Melayu patut membangnkan masyarakat - Zain MahmoodTiadaUtusan Melayu04.03.1981
Filem-filem Melayu punyai beberapa kelemahan - Azah AzizTiadaUtusan Malaysia04.03.1981
Filem-filem seniman agung di Memorial P. RamleeTiadaUtusan Malaysia09.02.1987
Filem-filem Malaysia kalah di negara sendiri - Ibu TienTiadaUtusan Malaysia29.05.1985
Filem-filem P. Ramlee patut diperbaharuiWahi Ahmad BakhtiarUtusan Malaysia28.07.1988
Buku 'Filem-filem P. Ramlee' dilancar-Utusan Malaysia27.04.2008
Keluaran filem-filem tempatan: kenapa tema 'kanak-kanak' dilupakan?Mohd. Nasir Mohd. YusofBerita Harian27.03.1986
Membangunkan masyarakat: filem-filem Melayu harus beri perhatianTiadaUtusan Malaysia04.03.1981
12345678910...

Kembali ke atas