Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filem


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memvideokanmerakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tontonanpertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
video(vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengghairahkanmenimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecanduanketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengghairahkanmenimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita.Kamus Pelajar
video/vidéo/ 1 = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen dgn menggunakan alat video).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lakonan1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal ber­lakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan;Kamus Dewan Edisi Keempat
video1 = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyenKamus Pelajar
bisutidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; ~ tuli bisu dan tuli; filem ~ filem yg tidak bersuara; bagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak prb tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu; yg ~ penggera (penghalau) ayam prb seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;berbisu berdiam diri, tidak mahu bercakap;membisu berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar: ia diam ~;kebisuan 1. keadaan bisu: ~nya berpunca drpd kerosakan organ pertuturannya; 2. keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yg berada di sesuatu tempat itu membisu: dlm ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;pembisuan perihal (sikap) membisu: ~ orang-orangnya ditafsirkan sbg satu persetujuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas