Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lem] | فيلم

Definisi : 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filem


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
art houserumah seniKomunikasiTiadaTempat yang digunakan untuk menyimpan dan menayangkan filem. Filem-filem berkenaan tidak semestinya mempunyai nilai komersial tetapi akan diberi penilaian semula untuk tujuan penghayatan, penyelidikan atau pendidikan.
personal filmfilem peribadiKomunikasiTiadaFilem yang bersifat percubaan dan selalunya tidak mematuhi peraturan yang terdapat di dalam pembikinan filem-filem popular. Filem ini biasanya ini mencerminkan kecenderungan dan keperibadian pembuat filem tersebut.
film distributorpengedar filemKomunikasiTiadaPengusaha yang bertanggungjawab dalam pengedaran filem-filem daripada penerbit atau pengimport filem kepada pemilik atau penyewa pawagam.
cybernoirsibernoirTeknologi MaklumatTiadaDigunakan untuk memerihalkan filem-filem siber yang pelik dan tidak bermoral.
black leaderhujung hitamKomunikasiTiadaJalur filem berwarna hitam yang dibentuk khusus sebagai penyambung bahagian-bahgian filem yang telah disunting. Jalur filem ini boleh digunakan sebagai penggulung filem pada awal filem atau di bahagian ekor gulung filem. Jalur filem ini juga kerap digunakan sebagai penyambung filem yang telah disunting secara suntingan A dan B. Lihat juga: pandu akedemi.
colour reversal filmfilem akas warnaKomunikasiTiadaFilem negatif warna yang terhasil daripada filem salinan asal yang diproses di dalam makmal untuk dijadikan filem positif. Proses salinan filem boleh juga dilakukan daripada filem negatif ke filem negatif yang lain.
narratorperawiKomunikasiTiadaOrang yang menyampaikan keterangan atau maklumat dalam rancangan-rancangan yang disiarkan khususnya siaran iklan atau filem-filem dokumentari tetapi wajahnya tidak kelihatan di dalam skrin.
academy leaderpandu akademiKomunikasiTiadaBahagian terawal pada jalur filem yang memandu gelung filem ketika filem digulung atau diputarkan. Pada bahagian atas jalur filem ini tercatat nombor kiraan dari bilangan 2 hingga 10. Jarak putaran antara satu nombor dengan nombor yang berikutnya ialah 1 saat. Format ini telah ditentukan oleh pihak Akademi Wayang Gambar, Seni dan Sains. bd. ekor filem.
contact printsalinan teraanKomunikasiTiadaAktiviti membuat salinan filem negatif atau positif dengan cara melekapkan filem secara fizikal dengan filem baru iaitu filem yang belum terdedah. Seterusnya, filem yang dilekapkan itu akan didedahkan secara bingkai demi bingkai pada mesin cetak filem di dalam makmal.
film posterposter filemKomunikasiTiadaKaedah komunikasi untuk mempromosi filem yang lazimnya dibuat daripada kertas, kad dan kain dan sebagainya yang diletakkan di ruang terbuka seperti pada dinding pawagam, pokok, papan tanda dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian khalayak supaya menonton filem-filem yang ditayangkan.
12345678910...

Kembali ke atas