Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fir.Öaun] | فرعون

Definisi : raja Mesir (pd zaman purbakala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fir.Öaun] | فرعون

Definisi : raja Mesir pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firaun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, entri "firaun" membawa saya kepada makna "raja Mesir (pd zaman purbakala)". Namun, mengapakah ia tidak dieja dengan huruf besar memandangkan ia merupakan kata nama khas? Sekian, terima kasih.Perkataan firaun  dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan gelaran atau jawatan bagi kerajaan Mesir.Ejaan07.12.2020
Salam sejahtera, Dalam penulisan dialog, terutama sekali yang berakhir dengan tanda baca seperti tanda soal, tanda seru dan sebagainya, adakah perkataan selepas perlu ditulis dengan huruf kecil atau besar? Contoh: "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" itu adakah perlu dieja huruf kecil atau besar dan apakah sebabnya? Terima kasih.Ayat "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" perlu dieja huruf kecil kerana adanya tanda petik selepas tanda soal dalam ayat tersebut. Tatabahasa28.07.2022
1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasihMerentas etnik lebih tepat.Lain-lain17.07.2019
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, mengapakah kebanyakan istilah Arab dalam PRPM dieja dengan huruf kecil? Misalnya, firdaus (nama syurga), iblis (bapa kepada bangsa jin sepertimana Adam sebagai bapa kepada bangsa manusia), firaun (raja Mesir zaman dahulukala), lailatulqadar (peristiwa penting dalam agama, sama konsepnya seperti Hari Easter, Halloween dan sebagainya) dan banyak lagi. Bagaimanakah penentuan tanda baca huruf besar dan kecil ini ditentukan? Sekian, terima kasih.

Untuk makluman pihak puan, ejaan perkataan dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Semasa penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat dahulu, penentuan ejaan sama ada berhuruf besar atau berhuruf kecil tidak jelas kerana penyusun memasukkan sesuatu kata berdasarkan keputusan atau panduan yang dikeluarkan pada waktu itu.

 

Namun, semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana (KDP), pengejaan entri dibuat berdasarkan segala keputusan, panduan dan perbincangan yang diputuskan oleh beberapa pihak tertentu, termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Jawatankuasa Editorial, pertanyaan terus kepada pihak tertentu yang berkaitan dan sebagainya. Pada masa ini, keputusan untuk mengejakan sesuatu kata nama khas itu adalah lebih jelas dan dapat diandalkan.

 

Sistem penyusunan KDP merumuskan penentuan bagi kata nama khas  ialah nama yang menunjukkan tempat, peristiwa, nama orang dan lain-lain yang khusus. Sebanyak lebih kurang 30 kategori dimasukkan sebagai entri dan dieja dengan huruf besar. Antaranya ialah nama negara, negeri, perayaan, fahaman, gelaran, hari, bulan, tahun , zodiak, planet, lautan, benua dan lain-lain. Contoh perkataan nama khas yang dieja dengan huruf besar ialah Pahang, Lautan Atlantik, negara Afrika, garisan Sartan, bangsa Melayu dan sebagainya.

 

Nama-nama syurga dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah, nama malaikat seperti Jibrail dan Mikail dan lain-lain lagi.

 

Kata nama yang dianggap kata umum ditulis menggunakan huruf kecil.

 

Dengan penjelasan ini diharapkan dapat membantu puan dalam pengejaan sesuatu kata.

Ejaan07.12.2020
Salam Sejahtera, saya seorang pelajar Universiti dan sedang membuat kajian bandingan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tentang gaya bahasa dan bahasa kiasan. Adakah DBP menerbit sebarang bahan rujukan yang terdapat senarai A-Z bagi bahasa kiasan atau bandingan semacam? contohnya Adil seperti Hakim dll sampai Zalim seperti Firaun? Walaupun saya dapat cari bahan-bahan tersebut di mana-mana laman web dari google dll,tetapi semua bahan tersebut dikemas oleh individu yang bukan pakar dalam bahasa.Tatabahasa Dewan juga tiada maklumat dan bahan yang saya ingin cari,saya pernah melawat DBP KL dan cuba mencari senarai atau bahan yang saya sebut diatas tetapi akhirnya gagal juga. Terima Kasih.Harap maaf. Buku yang khusus tentang kiasan bandingan seperti yang saudara maksudkan tiada dalam senarai penerbitan DBP. Yang ada ialah buku tentang peribahasa secara umum. Saudara boleh merujuk kepada Perpustakaan Negara tentang buku tersebut.Penyelidikan26.04.2011

Kembali ke atas