Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.rus] | فيروس

Definisi : sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan berkaitan istilah untuk barangan tembikar / seramik. Adakah perkataan "glazed" seperti dalam ayat ini " Turquoise glazed bowl" bermaksud "Mangkuk bersepuh biru firus" atau " Mangkuk berlicau biru firus?" Terima kasihSalam sejahtera,

Turquoise glazed bowl bermaksud mangkuk air berkaca berwarna firus.

Sekian, terima kasih.
Makna25.08.2020
Saya ingin bertanya istilah berikut untuk tembikar /seramik. 1) Adakah" Lustre painted bowl" bermaksud "mangkuk bercat kilat? atau bercat kilau?" 2) Adakah "Turquoise glazed water container", di dalam bahasa Melayu adalah "Bekas air bersepuh biru firus?" atau " Bekas air berglis biru firus?" Terima kasih.Salam sejahtera,

Lustre painted bowl bermaksud mangkuk bercat kilat manakala Turquoise glazed water container pula bermaksud mangkuk air berkaca berwarna firus
Makna21.08.2020
DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'?

Definisi : Turquoise (colour) warna firus(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.


Istilah03.09.2019

Kembali ke atas