Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.sio.té.ra.pi] | فيسيوتيراڤي

Definisi : (fisiotérapi) rawatan terhadap seseorang yg mengalami kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau dgn menggunakan cahaya, haba, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fisioterapi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat.Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing".Istilah20.07.2011
Jelaskan maksud penggunaan kata 'normal baharu' dan perbezaan penggunaan kata 'norma baharu'. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal.

 

Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka

Penyemakan dan penterjemahan24.04.2020
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuanIstilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan.Istilah26.11.2009
antara 'norma baharu' atau 'normal baharu", mana satu yang betul?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal.

 

Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkanTindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka

Penyemakan dan penterjemahan13.05.2020

Kembali ke atas