Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fizik zarah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FIZIK ZARAH UMUM 
BARIONSalah satu daripada kumpulan zarah-zarah bagi Zarah Keunsuran.FIZIKSumber/Bahan Alam
SINKROTRON

Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron

dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah

sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah

bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah).

Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk

mengkaji struktur dan daya nukleus atom.

UMUM 
KEBUK BUIH

Kebuk buih ialah peranti yang digunakan oleh

ahli fizik untuk mengkaji zarah subatom. Ia terdiri

daripada bekas yang berisi cecair khas di bawah

tekanan. Ahli sains menembak elektron, proton dan

zarah lain menerusi cecair itu.

UMUM 
PECUTAN ZARAH

Kadar perubahan halaju zarah.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
SINKRO-SIKLOTRON

Sinkro-siklotron ialah alat yang memecut

proton atau zarah nukleus yang lebih berat

kepada tenaga tinggi. Ahli fizik menggunakan

pemecut zarah jenis ini, terutamanya untuk

mengkaji nukleus atom.

UMUM 
YANG, CHEN NING

Yang, Chen Ning (1922 – ) ialah ahli fizik

China, berkongsi Hadiah Nobel bagi fizik pada

tahun 1957, dengan Tsung Dao Lee. Mereka

menerima anugerah tersebut kerana sumbangan

mereka kepada hukum zarah asas

UMUM 
PLASMA

Plasma dalam fizik, ialah satu bentuk jirim yang

terdiri daripada zarah atom yang bercas elektrik.

Matahari dan bintang-bintang lain, serta kebanyakan

objek lain di angkasa terdiri daripada plasma. Petir

juga terdiri daripada plasma.

UMUM 
KUARK

Kuark ialah zarah yang dipercayai oleh ahli fizik

sebagai subunit asas bagi neutron dan proton.

UMUM 
MEKANIK KUANTUM

Mekanik kuantum ialah satu bidang fizik yang

menerangkan struktur atom dan pergerakan zarah

atom. Ia juga menerangkan bagaimana atom

menyerap tenaga dan memancarnya semula sebagai

cahaya, dan seterusnya ia juga memberi penjelasan

tentang sifat cahaya.

UMUM 
123

Kembali ke atas