Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fizikal;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang paling tepat untuk "Perceived Physical Literacy Instrument"? Adakah "Instrumen Tanggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Anggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Pengamatan Literasi Fizikal?". Contoh instrumen dilampirkan dalam fail di bawah.Padanan bahasa Melayu untuk "Perceived Physical literacy Instrument" ialah Instrumen Anggapan Literasi Fizikal.Makna24.10.2022
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih.Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar.Makna04.12.2015
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.Tatabahasa17.01.2011
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan.

Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. 

Tatabahasa20.08.2022
Projek itu hendaklah (sesuai/bersesuaian) dengan keupayaan fizikal.Jawapan mana satu yang betul?Jawapan yang betul ialah Projek itu hendaklah sesuai dengan keupayaan fizikal.Tatabahasa27.01.2012
As-salam, saya ada pertanyaan tentang dua ayat seperti di bawah: 1. Cara tersebut mungkin akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal. 2. Cara tersebut akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal. Berdasarkan dua ayat di atas, adakah ia boleh ditafsir sebagai dua situasi yang berbeza? Jika ya, pohon pihak DBP beri pencerahan dengan secepat mungkin sebelum 19 April 2024. Terima kasih. HISHAM ISHAK

Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 34 dan 1497, maksud "mungkin" ialah boleh jadi berlaku dan sebagainya kerana belum diketahui atau belum dapat dipastikan, manakala "akan" pula bermaksud menyatakan sesuatu yang bakal terjadi atau jangkaan tentang sesuatu kejadian, perlakuan dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, dua contoh ayat yang diberikan mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama menunjukkan sesuatu perkara tidak pasti akan berlaku. Ayat yang kedua pula menunjukkan sesuatu perkara akan atau boleh berlaku pada masa akan datang.

Makna01.04.2024
Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalamCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan.Penyemakan dan penterjemahan10.01.2024
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013
Bolehkah perkataan EKSPLORASI digunakan bagi tujuan bukan fizikal atau lapangan. Contohnya Eksplorasi laman sesawang A bagi mendapatkan data seni budaya. Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, eksplorasi bermaksud penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan eksplorasi bagi tujuan bukan fizikal atau lapangan tidak sesuai digunakan. Perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "Layari laman sesawang A bagi mendapatkan data seni budaya".Makna22.03.2021
Jika dua ayat yang sama pada akhir ayat, contoh: teknologi maklumat dan sains maklumat, perlukah ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada teknologi dan sains maklumat. Atau dua ayat yang sama pada awal ayat, contoh: kekangan fizikal dan kekangan keutamaan. Ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada kekangan fizikal dan keutamaan. Terima kasih.Salam sejahtera,

Kekalkan kepada teknologi maklumat dan sains maklumat kerana dua bidang yang berbeza.

Jadikan kepada kekangan fizikal dan keutamaan kerana menceritakan perkara yang sama (kekangan) pada dua perkara berbeza (fizikal dan keutamaan).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa10.03.2019
12345678910...

Kembali ke atas