Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fleksibel;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Luwes bermaksud fleksibel. Sebutan 'luwes' mcm mana? Sebutan pada huruf e? Emak (e pepet) atau Ekor (e taling)?

Sebutan “luwes” ialah “lu.wes” (e pepet).

Lain-lain08.02.2022
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBELIstilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes.Makna23.01.2007
Selamat petang, betulkah "ketidakfleksibelan organisasi" ? terima kasih.Perkataan ketidakfleksibelan boleh dibentuk bagi merujuk keadaan yang tidak fleksibel. Oleh itu, perkataan ketidakfleksibelan organisasi boleh diterima.Tatabahasa11.05.2013
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "meat reducer". Pemakan kurang daging? What is Meat Reducer (sumber: https://www.igi-global.com/dictionary/whats-new/68751) 1.A person who aims to reduce their meat consumption to a limit considered healthy or because of environmental and animal welfare reasons; alternative term for flexitarian. Learn more in: What's New?: A History of Meat Alternatives in the UK Find more terms and definitions using our Dictionary Search.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "meat reducer" ialah pemakan fleksibel atau pemakan daging fleksibel.Lain-lain21.07.2021
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Tema:
i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan
ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan
iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan 

Subtema:
● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan
● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif
● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19
● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?)


Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut.
Tatabahasa30.01.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami sedang menyediakan poster jawatan kosong dan mencari perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi frasa berikut: "Candidate with Positive Attitude, Team Player, Committed & Flexible are welcomed!" Mohon jasa baik DBP untuk memberi maklum balas mengenai frasa tersebut. Terima kasih.

Kami mencadangkan ayat “Calon yang memiliki sikap yang positif, semangat berpasukan, komited dan fleksibel digalakkan untuk memohon jawatan ini”

Penyemakan dan penterjemahan25.06.2020

Kembali ke atas