Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fokus


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Fokus lebih kepada penulisan sasteraTiadaHarian Ekspress07.05.2008
Fokus ekonomi dedahkan maklumat sahamJamudin IdrisBerita Harian14.02.1994
Fokus bulan iniTiadaBerita Harian15.03.1991
Fokus (RTM 1)TiadaUtusan Malaysia15.03.1986
Fokus SasteraIlias ZaidiUtusan Zaman29.07.1979
Fokus teater Melayu: apa khabar teater?TiadaUtusan Malaysia01.04.1995
Fokus SasteraIlyas ZaidiUtusan Zaman11.11.1979
Seniman fokus caryman KWSP [Diwawancara oleh Mohd Nasif Badruddin]Mustafa Maarof, datukHarian Metro12.12.2007
Kementerian Pelajaran fokus usaha memperkasa bahasa Melayu-Mingguan Malaysia26.10.2008
Fajar Bakti fokus tiga bahasaManzaidi Mohd AminBerita Harian03.03.1997
123

Kembali ke atas