Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fokus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conjugate focusfokus-fokus konjugatFizikOptikSepasang titik yang semua sinar datang dari salah satu daripada titik akan membentuk imej pada titik yang satu lagi dalam batas-batas berlakunya optik Gauss.
focal pointtitik fokusFizikOptikTitik tumpuan bagi sinar ;yang selari dengan paksi kanta, cermin atau sistem optik, atau dari titik tersebut, sinar akan kelihatan mencapah. fokus, fokus utama.
out of focusluar fokus; tak fokusGeografiTiadaTiada
depth of focuskedalaman fokus; julat fokusGeografiTiadaTiada
volcanic focusfokus gunung berapi; fokus volkanoGeologiTiadaPusat keaktifan di rantau volkano atau di bawah volkano.
volcanic focusfokus gunung berapi; fokus volkanoPerikananTiadaTiada
primary focusfokus primerFizikOptikGaris yang menjadi tumpuan sebahagian berkas cahaya dari titik luar paksi dalam sistem astigmat. Garis ini serenjang dengan satah yang mengandungi titik dan paksi optik yang jarak imejnya lebih kecil dari jarak fokus sekunder. fokus tangen.
parasystoleparasistoleBiologiFisiologiKetakselarasan pengecutan jantung akibat saling tindak dua fokus yang secara bebas memulakan impuls jantung pada kadar yang berlainan. Salah satu daripada fokus ialah sinoatrium yang menjadi perentak normal dan fokus yang lain ialah ventrikel; setiap fokus dan ritmanya tidak akan dipengaruhi oleh fokus yang lain.
converging lenskanta penumpuFizikOptikKanta yang menyebabkan cahaya tuju yang selari dengan paksi utama kanta akan tertumpu pada titik fokus. Jarak fokus kanta ini adalah positif atau nyata. kanta positif.
astigmatic differencebeza astigmatFizikOptik1 Jarak di antara titik fokus primer dan sekundar bagi sistem optik astigmat. 2. Perbezaan di antara salingan jarak fokus primer dan jarak fokus sekunder bagi kanta nipis atau cermin astigmat.
12345678910...

Kembali ke atas