Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fon] | فون

Definisi : kumpulan rupa bentuk set aksara yg terdiri drpd huruf pelbagai rupa dan saiz yg boleh dicetak atau dipaparkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fon] | فون

Definisi : ; ~ telinga a) alat yg dilekapkan pd sebelah atau kedua-dua belah telinga utk mendengar lagu, muzik dsb; b) peranti (dgn satu penerima) yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fon] | فون

Definisi : ; ~ kepala alat yg terdiri drpd sepasang fon telinga yg disambungkan antara satu sama lain dgn alat spt cekak, yg diletakkan di kepala utk mendengar radio, ucapan dsb. ~ telinga a. alat yg dilekapkan pd kedua-dua telinga utk mendengar lagu, muzik dsb. b. alat yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[fon] | فون

Definisi : ist set aksara yg terdiri drpd huruf pelbagai rupa dan saiz yg boleh dicetak atau dipaparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FON KEPALA UMUM 
FON UMUM 
FONOLOGIFonologi ialah cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik.BAHASADisiplin Ilmu
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 

Kembali ke atas