Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) alat yg dilekapkan pd sebelah atau kedua-dua belah telinga utk mendengar lagu, muzik dsb; b) peranti (dgn satu penerima) yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. alat yg dilekapkan pd kedua-dua telinga utk mendengar lagu, muzik dsb. b. alat yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telinga (kata nama)
Bersinonim dengan alat pendengaran, pancaindera;,
Kata Terbitan : menelinga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

fon kepala

sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

fon telinga

a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran

Lain-lain02.07.2021
Maaf, saya hendak bertanya. Contoh, Puan Mala memvakum di ruang tamu sambil mendengar di fon telinga. Adakah betul perkataan "di" di dalam ayat tersebut? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Pengunaan di dalam ayat Puan Mala memvakum di ruang tamu sambil mendengar di fon telinga betulLain-lain02.10.2020
Apakah perkataan 'SMS', 'headphone', 'earphone' dan 'broadband' dalam bahasa Melayu?Dalam data kami padanan 'SMS' ialah khidmat pesanan ringkas, 'earphone' ialah fon telinga dan 'broadband' ialah jalur lebar. Untuk rujukan sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Makna03.11.2015
walkman=?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan walkman ialah walkman, iaitu pemain atau perakam atau kedua-duanya sekali yang kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dan didengar melalui fon telinga.Lain-lain04.04.2010
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan.Istilah14.06.2012

Kembali ke atas