Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.né.tik] | فونيتيک

Definisi : /fonétik/ ist ilmu ttg alat pengucapan serta bunyi-bunyi yg dihasilkan dlm sesuatu bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fonetik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bidang-bidang fonetik?Mengikut buku Pengenalan Fonetik dan Fonologi, oleh Paitoon M. Chaiyanara terbitan DBP bidang fonetik dapat dipecahkan kepada dua cabang, iaitu fonetik fisiologi dan fonetik akustik.Tatabahasa05.09.2007
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
assalamualaikum... apakah konsep fonetik dan fonologiFonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu artikulatori, auditori, dan akustik. Fonologi ialah bidang yang mengkaji rumus-rumus atau peraturan sesuatu bahasa yang menentukan sebutan. Antara kajian fonologi termasuklah pemenggalan bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan perubahan bunyi.Tatabahasa28.07.2018
adakah simbol □ ini terdapat dalam fonetik simbol? contohnya [b.bE/] , iaitu bobek, berleter dalam glosari Kelantan. Terima KasihBerdasarkan rujukan kami, bentuk fonetik bobek ialah [b.bE/]. Bentuk fonetik □ tiada dalam data kami.Lain-lain07.06.2020
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasihTanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata.Tatabahasa23.04.2020
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGIFonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu.Makna06.09.2006
Salam sejahtera. Boleh jelaskan perkara yang jelas-jelas membezakan fonetik dan fonologi? Terima kasih.Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Makna11.11.2016
Dalam ilmu fonetik dan fonologi terdapat istilah approximant dalam bahasa Inggeris. Saya tidak berjumpa istilah padanan bagi istilah tersebut. Dapatkah saya menterjemahkan istilah approximant menjadi aproksiman sebagai istilah lingustik padanan dalam bahasa Melayu? Harap dapat penjelasan tentang hal ini.Istilah bahasa Melayu untuk "approximant" dalam bidang Linguistik ialah malaran tak bergeser atau aproksiman.Istilah26.01.2013
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental)Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Tatabahasa06.08.2007
saya mahukan simbol fonetik vokal Bahasa Melayu untu tugasan saya.Simbol fonetik bahasa Melayu boleh diperoleh dengan merujuk buku-buku tentang ilmu Linguistik. Untuk makluman saudara tidak semua komputer kami dibekalkan dengan kemudahan untuk menaip simbol-simbol berkenaan.Lain-lain22.06.2009
1234567

Kembali ke atas