Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mal] | فورمل

Definisi : menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~; memformalkan menjadikan formal; keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan; pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mal] | فورمل

Definisi : menurut peraturan yg rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formal regionkawasan formal; wilayah formalGeografiTiadaSebuah kawasan yang di bezakan berasaskan ciri - ciri keseragaman.
formalrasmi/formal; bentuk; logisPentadbiran PerniagaanTiada1. Rasmi/Formal: Sesuatu yang disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, atau diisytiharkan oleh kerajaan, jabatan dan lain-lain.,2. Bentuk: Bentuk luaran sesuatu struktur. Logis: Sesuatu yang dapat diterima oleh akal.
formal poolkolam formalLandskapTiadaKolam buatan yang berbentuk geometrik dan formal.
formal schemeskema formalLandskapTiadaSatu gubahan mengikut susunan atau bentuk formal yang dibuat daripada tumbuhan dan struktur taman.
formal landscapingpelandskapan formalLandskapTiadaSegala aktiviti yang terlibat dalam pembinaan taman formal seperti pembinaan air pancutan dan penanaman pokok topiari .
formal plantingtanam formalLandskapTiadaSusunan tertentu tanaman yang digunakan dalam taman formal. Contohnya, susunan tumbuhan dalam taman Perancis.
formal plantingtanam formalLandskapTiadaSusunan tertentu tanaman yang digunakan dalam taman formal. Contohnya, susunan tumbuhan dalam taman Perancis.
formal sector employmentguna tenaga sektor formal; pekerjaan sektor formalKependudukanTiadaTiada
formal potentialkeupayaan formalKimiaTiadaKeupayaan setengah sel secara bandingan dengan elektrod hidrogen piawai apabila kepekatan setiap bahan dan hasil adalah satu formal dan kepekatan sebarang juzuk lain dalam larutan ditentukan dengan berhati-hati.
organisation theoryteori organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Gullick (1937), telah menggariskan tiga komponen penting yang terkandung dalam teori ini, iaitu pembahagian kerja, koordinasi kerja dan corak organisasi. Teori ini boleh diklasifikasikan kepada organisasi formal dan tidak formal. Organisasi formal adalah organisasi yang bersistematik, berstruktur, bervisi, bermisi, berobjektif dan bermatlamat. Para sarjana merujuk organisasi formal sebagai organisasi kerja, tanpa mengira bentuk, saiz, struktur atau jenis organisasi. Organisasi jenis ini juga berteraskan kepada kuasa, pangkat, peranan dan tanggungjawab yang diagihkan mengikut kesesuaian dan kelayakan. Organisasi formal  mempunyai tingkat hierarki yang jelas membezakan antara majikan dengan pekerja, melalui hierarki yang ditunjukkan dalam carta dan struktur organisasi. Manakala organisasi tidak formal menjurus kepada pembentukan kumpulan manusia. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok untuk bersosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Contohnya, kumpulan dalam masyarakat kampung, kumpulan riadah dan rakan sekerja.

12345678910...

Kembali ke atas