Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mu.la] | فورمولا

Definisi : 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mu.la] | فورمولا

Definisi : satu ringkasan yg dilambangkan oleh huruf, tanda dll utk menyatakan sesuatu hukum dsb; rumus: ~ air ialah H2O. ~ am ist formula kumpulan sebatian organik secara umum yg dilambangkan dgn menggunakan huruf dan angka sbg ganti bilangan atom, mis formula am bagi alkana ialah CnH2n+2. ~ kimia ist lambang utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia, dgn menggunakan simbol tertentu. ~ molekul ist formula kimia yg menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul. berformula mempunyai formula. berformulakan mempunyai atau berdasarkan sesuatu sbg formula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formula


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
rumusformulaKaedah atau peraturan pengiraan yang digunakan untuk mendapatkan jawapan. Lihat ContohSekolah Rendah
rumus penurunanreduction formulaFungsi trigonometri berkaitan sudut 90° ± θ, 180° ± θ dan 270° ± θ dengan 0° < θ < 90°.Menengah Atas
rumus algebraalgebraic formulaRumus yang menggunakan nombor, huruf dan tanda operasi dalam bentuk persamaan.Menengah Rendah
rumus sudut bergandadouble angle formulaPersamaan yang mengungkapkan fungsi trigonometri sudut secara berganda. Lihat ContohMenengah Atas
indeks hargaprice index"Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas.Menengah Atas
isi paduvolumeSukatan ruang di dalam sesuatu pepejal. Isi padu pepejal tiga dimensi seperti kuboid dapat diukur menggunakan formula panjang × lebar × tinggi. Lihat rajahMenengah Atas
teorem PythagorasPythagoras theoremTeorem yang menyatakan bahawa bagi sebarang segi tiga bersudut tegak (90°), kuasa dua hipotenusnya adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua panjang dua sisi yang lain. Teorem ini dapat dinyatakan dalam formula a²+ b² = c². Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas