Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mu.la] | فورمولا

Definisi : 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mu.la] | فورمولا

Definisi : satu ringkasan yg dilambangkan oleh huruf, tanda dll utk menyatakan sesuatu hukum dsb; rumus: ~ air ialah H2O. ~ am ist formula kumpulan sebatian organik secara umum yg dilambangkan dgn menggunakan huruf dan angka sbg ganti bilangan atom, mis formula am bagi alkana ialah CnH2n+2. ~ kimia ist lambang utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia, dgn menggunakan simbol tertentu. ~ molekul ist formula kimia yg menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul. berformula mempunyai formula. berformulakan mempunyai atau berdasarkan sesuatu sbg formula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formula


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formulaformulaFarmasiTiadaPenggunaan simbol untuk mewakili entiti kimia. Terdapat beberapa jenis formula seperti formula empirik, formula molekul, formula struktur, dan formula elektron. rumus.
chemical formulaformula kimiaKimiaTiadaPerlambangan utuk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dengan menggunakan simbol. Formula kimia yang viasa digunakan ialah formula empirik, formula molekul, formula struktur dan formula am.
empirical formulaformula empirikKimiaTiadaFormula paling ringkas yang digunakan untuk menyatakan bilangan relatif atom yang bergabung untuk membentuk satu molekul sebatian dengan menggunakan berat komposisi sebatian tersebut. Formula empirik tidak semestinya menunjukkan bilangan sebenar atom di dalam molekul. Misalnya, formula empirik bagi asetilena dan benzena ialah CH. manakala formula molekul masing-masing ialah C2H2 dan C6H6.
general formulaformula amKimiaTiadaFormula yang melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dengan menggunakan lambang pemboleh atom. Misalnya, formula am alkana ialah CnH2n+2 dan alkena ialah CnH2n.
structural formulaformula strukturKimiaTiadaFormula yang menyatakan bilangan sebenar, jenis dan susunan atom di dalam molekul sebatian. Lazimnya, formula struktur memberikan maklumat tentang jenis ikatan yang menhubungkan atom-atom.
molecular formulaformula molekulKimiaTiadaFormula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Misalnya, formula molekul benzena ialah C6H6, dan etanol C2H5OH.
trapezoid composite integration formulaformula pengamiran paduan trapezoidKejuruteraanKejuruteraan KimiaFormula trapezoid yang diperbaik dengan menggunakan konsep pengamiran paduan untuk kejituan yang lebih tinggi daripada formula asal trapezoid dengan menggunakan ungkapan berikut: (rujuk m/s 61) dengan h = jarak di antara titik dasar, n = bilangan titik dasar.
Euler formulaformula EulerFizikMekanikFormula yang menunjukkan beban paksi maksimum yang boleh dibawa oleh suatu turus unggul yang lampai dengan tidak melentur. Beban paksi maksimum ini dipanggil beban genting maksimum dan akan menyebabkan turus tersebut berada dalam keadaan seimbang yang tidak stabil, iaitu apa juga penambahan pada beban atau kemasukan daya sisi yang kecil, akan menyebabkan turus tersebut melentur. Formula Euler adalah: K2EI P = �� L2 (P = beban paksi maksimum, E = modulus kenyal, L = panjang turus tak bersokong, K = pemalar bersandar kepada keadaan-keadaan penyokong di hujung turus, I = momen inersia terkecil). Menurut formula ini, K = I apabila kedua-dua hujung bebas berputar, K = 4 apabila kedua-dua hujung tetap, K = 2 apabila satu hujung tetap dan yang lain bebas berputar, K = � apabila satu hujung tetap dan yang lain bebas bergerak ke sisi.
formulaformulaMatematikTiada

Corak melodi, rentak atau seni kata yang digunakan oleh pemuzik tradisi lisan untuk mengimprovisasikan lagu dan muzik instrumental. Selain wujud sebagai corak melodi, formula juga terdapat dalam teks, cerita dan watak dalam suatu genre tradisi lisan. Contohnya, corak rentak lagu pe-rang dalam wayang kulit merupakan salah satu jenis formula muzik. Pengembaraan Seri Rama untuk mencari Siti Dewi pula merupakan formula cerita yang berlaku dalam pelbagai bentuk cerita ranting. Formula dikenali juga sebagai skema atau skemata.

general formulaformula amKimiaTiadaFormula yang melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dengan menggunakan lambang pemboleh ubah menggantikan bilangan atom.
12345678910...

Kembali ke atas