Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mu.la.si] | فورمالاسي

Definisi : huraian atau penjelasan yg ringkas dan tepat, rumusan; memformulasikan menyatakan sesuatu dgn ringkas dan tepat, merumuskan: Manheim ~ suatu epistemologi yg bersesuaian dgn pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formulasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formulation parametersparameter formulasiFarmasiFarmaseutikFaktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan sesuatu formulasi.
slow-releaselepas perlahanPerubatanTiadaFormulasi ubat berbentuk tablet atau kapsul yang bahan aktif di dalamnya dikeluarkan ke dalam usus dengan kadar malar dan perlahan. Formulasi ini akan memanjangkan jangka masa tindakan ubat dan mengurangkan frekuensi dos serta meningkatkan kepatuhan pesakit.
diluentpencairFarmasiFarmaseutikSebarang bahan lengai yang ditambah ke dalam suatu formulasi bentuk dos pepejal bertujuan untuk meningkatkan kepukalan. Contohnya laktosa dalam formulasi tablet.
excipienteksipienHerbaPemiawaianBahan lengai yang ditambah ke dalam sesuatu formulasi herba untuk memberikan bentuk kepada tablet atau berfungsi sebagai pencair bagi menstabilkan formulasi. Contohnya, pektin dan sukrosa.
customer formula feedmakanan rumusan pelangganVeterinarTiadaMakanan campuran yang ditempah khas oleh pelanggan yang mempunyai formulasi tertentu yang berbeza dengan formulasi bancuhan yang diamalkan oleh pengilang makanan. Biasanya pelanggan tersebut mempunyai bahan yang telah sedia dibancuh untuk dimasukkan ke dalam bancuhan yang lebih besar. Hal ini merupakan rahsia tersendiri mengenai bahan tertentu yang digunakan, sama ada dari segi jenis bahan mentah dan juga peratus campuran yang dibancuh. Pihak pengilang menggunakan bahan mentah utama seperti jagung, mil kacang soya dan dedak padi. Pelanggan boleh juga membuat perjanjian dengan pengilang mengenai campuran khusus yang diperlukan untuk keperluan ternakan pelanggan yang formulasinya berbeza dengan amalan kilang tersebut.
matrix formulationformulasi matriksFarmasiFarmaseutikPembenaman drug ke dalam eksipien (biasanya polimer) yang bertujuan untuk membolehkan pelepasan beransur drug terlanjut. Contohnya, tablet matriks.
depotdepotPerubatanTiadaFormulasi ubat yang disuntik atau diletakkan di dalam tisu badan, biasanya di bawah kulit supaya ubat tersebut dirembeskan ke dalam badan secara perlahan-lahan. Depot menghasilkan kesan berpanjangan dan mengurangkan kekerapan pengambilan ubat. Contoh ubat yang terdapat dalam sediaan depot ialah hormon kontraseptif dan insulin.
salvesalvaHerbaPemiawaianFormulasi herba yang melekit dan beraroma. Salva disapu pada kulit untuk melegakan bengkak atau gatal.
transdermal formulationrumusan transdermalPerubatanTiadaFormulasi ubat yang berbentuk tampalan atau salap, diletakkan pada kulit supaya ubat tersebut terserap ke dalam darah untuk menghasilkan kesan sistemik. Penyerapan rumusan transdermal adalah tidak menentu. Oleh itu, ia tidak digunakan untuk merawat masalah yang akut dan teruk. Contoh ubat transdermal ialah Nikotin, Nitrogliserin dan analgesik.
genericsgenerikFarmasiFarmaseutikDrug atau formulasi drug yang tidak lagi mempunyai perlindungan paten. Drug generik boleh memasuki pasaran apabila paten asas yang melindungi drug asal telah luput. Drug ini diwajibkan memenuhi syarat biokesetaraan dengan drug yang asal.
1234

Kembali ke atas