Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.gra.fi] | فوتوݢرافي

Definisi : seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotografi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah yang dimaksudkan dengan asas fotografi dan berikan huraian tentang... -komposisi -mesej -teknik fotografi (mengikut prinsip fotografi)

Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah :

 1. Filem dan Fotografi oleh Ian Graham . terbitan DBP : 2005   2. Fotografi olehSujana Mohd Rejab terbitan DBp tahun 1993
Lain-lain25.02.2009
Salam sejahtera, terdapat sesetengah perniagaan khidmat fotografi menjalankan perkhidmatan hingga keluar negara. Peniaga telah meletakan perkataan "Perkhidmatan Fotografi Luar Negara". Pohon pandangan dari pihak tuan, adakah perkataan ini sesuai. TK

'Perkhidmatan Fotografi Luar Negara' adalah betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa25.11.2011
Dalam istilah fotografi, bagaimana terjemahan "shot angle" dalam bahasa Melayu?Dalam data kami, terdapat perkataan "angle shot" yang mempunyai padanan bahasa Melayu iaitu tangkap sudut.Istilah19.10.2013
Adakah ayat "PUSAT FOTOGRAFI" boleh diguna pakai pada papan iklan.Frasa "Pusat Fotografi" adalah betul.Tatabahasa19.09.2011
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acaraIstilah06.04.2012
assalammualaikum... pada 18 sept 2012 saya ada menghadiri temuduga bagi jawatan ahli fotografi b11...disini saya ini bertanyakan tentang maklum balas bilakah akan mengemukakan jawapan terpilih ataupun tidak...maaf jika mengganggu tuan..dan sekian terima kasih.Keputusan temuduga jawatan Ahli Fotografi B11 akan dikeluarkan pada akhir Oktober 2012. Calon yang berjaya akan dihubungi dan diminta melapor diri di DBP pada November 2012.Lain-lain10.10.2012
salam sejahtera. contoh perkataan : fotografi untuk pecahan sebutan suku kata, mana yang benar? fo - tog - ra - fi atau fo-to-gra-fi atau fo-to-g-ra-fi. terima kasih atas perhatian.Fo-to-gra-fi.Lain-lain31.12.2009
Apa terjemahan "warm tone" dan "cool tone" dalam bidang fotografi?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah warm tone ialah ton hangat dan cool tone ialah ton dingin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.09.2023
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah Shape and Form dalam bidang fotografi?Untuk makluman, pihak DBP masih belum mempunyai padanan bagi istilah Shape and Form. Sungguhpun begitu dicadangkan supaya diterjemahkan kepada Rupa dan Bentuk.Penyemakan dan penterjemahan16.11.2017
Selfi sudah dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. Bolehkah "selfi" digunakan dalam bahasa formal berbanding "swafoto"?Kata "swafoto" ialah kata yang digubal dan dijadikan padanan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris selfie. Kata ini diperkenalkan untuk penggunaan dalam bidang Fotografi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Maklumat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) menunjukkan terdapat penggunaan kata "selfi" dalam masyarakat pengguna bahasa Melayu. Meskipun begitu, daripada pemaparan takrif yang diberikan, pengguna disarankan menggunakan kata "swafoto" yang lebih standard dan formal. Hal ini bermakna kata "selfi' tidak disarankan dalam penggunaan bahasa rasmi/formal.

Perlu difahami, kamus merupakan perakam penggunaan sesuatu kata yang terdapat dalam bahasa masyarakat penutur bahasa tersebut pada masa terbitan kamus itu. Namun, pengguna berhak memilih kata yang sesuai dalam situasi dan konteks penggunaannya secara bijaksana.
Lain-lain05.03.2024
12

Kembali ke atas