Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.gra.fi] | فوتوݢرافي

Definisi : seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FOTOGRAFI UMUM 
NIÉPCE, JOSEPH NICÉPHORE

Niépce, Joseph Nicéphore (1765–1833), ahli

sains Perancis, mencipta teknik fotografi yang

pertama, heliografi . Niépce mula membuat

eksperimen pada tahun 1816. Dia berjaya membuat

fotograf kasar terhadap kawasan laman dalam pada

tahun 1826. Dia memeka plat logam dengan bitumen

dan mendedahkannya selama lapan jam. Plat ini,

adalah fotograf yang pertama di dunia, berada dalam

Koleksi Gernsheim di University of Texas, di Austin,

Texas , Amerika Syarikat (lihat Fotografi [Sejarah;

gambar]). Niépce juga menghasilkan plat

photogravure daripada kaedah ukiran dan

pengeluaran semula fotomekanikal yang pertama.

Pada tahun 1829, Niépce menjadi rakan kongsi

L.J.M. Daguerre, yang membuat penyelidikan tentang

proses daguerreotype berdasarkan teknik heliografi

Niépce yang lebih awal (lihat Daguerre, Louis J. M. ).

Niépce lahir di Chalon-sur-Saone.

UMUM 
TALBOTAIP

Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan

menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini

sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli

sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini

pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang

sensitif kepada cahaya dengan merendamnya

beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan

nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu

kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari.

Garam perak membentuk imej negatif, bertukar

menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas

memproses negatif utama ini dengan larutan

garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas

positif.

UMUM 
DENSITOMETERAlat yang boleh mengukur ketumpatan atau darjah kegelapan pada filem atau plet fotografi.FIZIKAlat/Alatan
STRAND, PAUL

Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar

Amerika yang membantu menjadikan fotografi

sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto

yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan

sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia

menolak gaya mengambil foto yang kabur dan

terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu

akhir tahun 1800-an.

UMUM 
STEICHEN, EDWARD

Steichen, Edward (1879–1973) ialah jurugambar

Amerika yang membantu memajukan fotografi

sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya,

Steichen seorang pelukis di samping jurugambar.

Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang

lembut dan kabur tentang landskap dan manusia.

UMUM 
STIEGLITZ, ALFRED

Stieglitz, Alfred (1864–1946) ialah jurugambar

Amerika yang telah merintis bidang fotografi

sebagai satu bentuk seni. Dia juga membantu

memperkenal dan menggalakkan seni lukis moden

di Amerika Syarikat.

UMUM 
ORNITOLOGI

Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia

termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan

burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan

ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia.

Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi

termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan

anak, pencarian makanan, penerbangan,

pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi

digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung,

dan rakaman dibuat tentang bunyi burung.

UMUM 
MOTT, SIR NEVILL

Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British

yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat

pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang

fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah

berkenaan logam dan semikonduktor yang

digunakan untuk membuat transistor. Dia juga

membuat kajian mengenai mekanisme yang

menyebabkan imej pendam (imej yang tidak

berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem

fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat

pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia

mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962.

UMUM 
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 

Kembali ke atas