Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.mé.ter] | فوتوميتر

Definisi : (fotométer) (Fiz) alat utk mengukur keamatan cahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.to.mé.ter] | فوتوميتر

Definisi : /fotométer/ alat utk mengukur kekuatan cahaya; jangka cahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotometer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flicker photometerfotometer kerdipanFizikOptikFotometer yang mempunyai medan penglihatan tunggal yang digunakan untuk membandingkan sumber cahaya. Fotometer ini berdasarkan prinsip bahawa kerdipan antara dua cahaya yang berbeza warna dan bersinar secara bergilir-gilir menjadi minuman apabila kecerahan kedua-dua sumber menjadi sama.
integrating sphere photometerfotometer sfera terkamirFizikOptikFotometer yang digunakan untuk mengukur jumlah fluks lumen suatu lampu atau sumber cahaya yang lain. Sumber cahaya ini diletakkan di dalam sfera yang mempunyai permukaan dalam berwarna putih dan memantul cahaya secara bauran. Kemudian cahaya yang terpantul itu keluar melalui suatu bukaan dan diukur menggunakan fotometer biasa.
selenium photometerfotometer seleniumMatematikTiadaFotometer fotoelektrik yang menggunakan sifat unsur selenium untuk menukarkan kekonduksian elektrik apabila dicahayakan.
Joly photometerfotometer JolyFizikOptikFotometer meja yang digunakan untuk membandingkan sumber cahaya dengan cara menyinari dua bongkah kaca opal atau parafin yang serupa dan dipisahkan oleh sekeping dinding tipis yang legap di antara kedua-dua bongkah tersebut.
visual photometerfotometer penglihatanFizikOptikFotometer yang membandingkan luminans dari dua permukaan oleh penglihatan manusia. Biasanya kotak penglihatan Lummer-Brodhun digunakan.
laser light scattering photometerfotometer serak cahaya laserKejuruteraanTiadaFotometer yang menggunakan laser terserak dalam sudut pejal 4.50 - 190 dari arah lintasannya.
illuminometeriluminometerFizikOptikFotometer mudah alih yang digunakan di lapangan dan menghasilkan bacaan yang kurang itu dibandingkan dengan fotometer makmal.
dual-wavelength photometerfotometer panjang gelombang duaanKimiaKimia AnalisisPengesan fotometri dalam teknik kromatografi turus cecair yang berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung oleh sebatian kimia. Dalam fotometer ini lampu raksa menyinari tabir yang disaluti separa dengan penukar fosfor yang bertindak sebagai sumber cahaya komposit, masing-masing dengan panjang gelombang berbeza iaitu 254 nm dan 280 nm dan terpecah kepada dua alur yang berlainan. Separa relatif pada 254 nm dan 280 nm digunakan sebagai asas kualitatif.
photometerfotometerGeografiTiadaTiada
photometerfotometerGeologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas