Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : (Bio) sintesis sebatian organik drpd karbon dioksida dan air dgn menggunakan tenaga suria yg diserap oleh klorofil; memfotosintesiskan menukarkan karbon dan air menjadi makanan melalui proses fotosintesis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : /fotosintésis/ ist proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dgn adanya cahaya matahari dan klorofil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotosintesis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agrobiologyagrobiologiPertanianAgroteknologiDisiplin biologi atau kaji hayat yang relevan terhadap aktiviti pertanian. Contohnya, proses fotosintesis ialah satu bidang penting dalam biologi tumbuhan. Fotosintesis juga merupakan satu proses yang memberi kesan terhadap pertanian kerana kadar fotosintesis menentukan hasil yang diperoleh daripada tanaman. Oleh itu, proses fotosintesis terangkum dalam bidang agrobiologi.
photosynthesisfotosintesisKimiaTiadaProses kimia yang melibatkan pembinaan karbohidrat ringkas daripada karbon dioksida dan air dengan kehadiran cahaya. Fotosintesis biasanya menghasilkan glukosa dan fruktosa serta membebaskan oksigen. Antara organisma yang mengalami fotosintesis ialah tumbuhan hijau dan bakteria tertentu.
bacteriochlorophyllbakterioklorofilBiologiHistologi dan SitologiPigmen fotosintesis yang wujud pada bakteria fotosintesis yang strukturnya berlainan sedikit daripada struktur klorofil a dan klorofil b, kerana kawasan penyerapan cahaya utama pigmen ini berada di dalam kawasan spektrum inframerah. Sifat ini membolehkan bakteria fotosintesis membiak di kawasan yang tidak boleh ditumbuhi tumbuh-tumbuhan hijau, seperti di permukaan selut hitam.
artificial photosynthesisfotosintesis buatanFizikNanoteknologiProses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod.
photosynthesis capacitykapasiti fotosintesisBiologiEkologiKecekapan sesuatu sel tumbuhan atau kloroplas menjalankan fotosintesis.
photosynthesis ratekadar fotosintesisBiologiTiadaNisbah antara isi padu karbon dioksida yang diserap dengan isi padu oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis, dalam masa tertentu.
C3 pathwayLaluan C3BotaniTiadaLaluan fotosintesis bagi tumbuhan C3, yang menggunakan enzim RuBP karboksilase untuk pengikatan utama karbon dioksida dalam kloroplas bagi membentuk 3-sebatian karbon dan 3-asid fosfogliserik (PGA) yang ditukar bentuk kepada trio-fosfat dengan menggunakan ATP dan NADPH. Kebanyakan triosfosfat mengambil bahagian dalam tindak balas berurutan yang kompleks (penurunan karbon fotosintesis (PCR) atau Edaran Calvin. Sebahagian triosfosfat ini disalurkan sebagai hasil bersih fotosintesis bagi membentuk gula fosfat (fruktosa-1, 6-bisfosfat). Contohnya, laluan fotosintesis dalam gandum, oat, barli, padi, jenis tumbuhan dikot seperti kekacang, kapas, tembakau dan kentang.
lamellaelamelaBotaniTiadaStruktur dalam koroplas yang berfungsi sebagai alat fotosintesis. Struktur ini merupakan membran yang mengandungi lamela stroma dan lamela grana. Pada kedua-dua bahagian tersebut terdapat kepekatan pigmen fotosintesis yang tinggi.
photosynthesisfotosintesisPertanianAgronomi

Proses asas bagi tumbuhan yang melibatkan penggabungan cahaya matahari serta merupakan tindak balas kimia yang terpenting dalam kehidupan. Proses ini memerlukan input karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil yang akan membentuk glukosa atau karbohidrat serta membebaskan oksigen. Kebanyakan proses fotosintesis berlaku dalam kloroplas dan melibatkan dua tindakan, iaitu tindak balas cahaya dan pengikatan karbon dioksida. Tindak balas kimia ini ditunjukkan melalui persamaan seperti yang berikut:
6CO₂  + 6H₂ O + tenaga cahaya ? C6H12O6 + 6O₂ 

thylakoidtilakoidBioteknologiTiadaVesikel yang membina grana kloroplas dan mempunyai pigmen fotosintesis pada dindingnya. Di dalam alga biru-hijau, tilakoid berupa lipatan membran sitoplasma dan membentuk lamela yang mengandungi pigmen fotosintesis.
12345678910...

Kembali ke atas