Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fra.sa] | فراسا

Definisi : kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fra.sa] | فراسا

Definisi : satu kata atau lebih yg dpt bertugas sbg subjek, predikat atau objek dlm pembinaan sesuatu ayat spt buku dlm ayat Saya membaca buku atau dua buah buku itu dlm ayat Dua buah buku itu ditulis olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon bantu saya untuk memberikan padanan/terjemahan yang sesuai bagi frasa-frasa berikut dalam bahasa Melayu: a) Blood libel b) Survival of the fittestMohon berikan frasa-frasa berikut dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang berseuaian mengikut konteks ayat.Makna26.09.2021
Salam. Setahu saya, kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Adakah kata pemeri "adalah" digunakan di hadapan "kata kerja"?Kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, bukan di hadapan kata kerja.Tatabahasa15.01.2022
Saya ingin tahu penterjemahan bagi frasa-frasa berikut dalam bidang pendidikan: (a) Practitioner-based enquiry (b) Networked and developmental discourseKami mencadangkan practioner-based enquiry diterjemahkan kepada soalan/pertanyaan berasaskan amalan dan networked and developmental discourse diterjemahkan kepada wacana pembangunan dan rangkaian, sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan02.07.2019
Salam sejahtera. Frasa yang mana yang gramatis? (a) berkaitan aktiviti sukan (b) berkaitan dengan aktiviti sukan Dalam Kamus Dewan terdapat frasa-frasa yang berikut: (c) hal-hal yang dengan kewangan (d) perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran Kemusykilan ini saya panjangkan kerana jawaban yang saya terima ialah (a). Sila berikan pencerahan. Sekian.

Kedua-dua frasa adalah gramatis, namun bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain16.03.2022
Sudah lama saya tidak pulang ke kampung, (entah-entah/lama-lama/kira-kira) dia sudah tidak tinggal di situ lagi. Bolehkah memberi maksud serta penggunaan frasa-frasa tersebut? Terima kasih!
Penggunaan yang betul ialah entah-entah. Entah-entah membawa maksud kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan.
Tatabahasa29.04.2021
Tolong berikan kunci kereta ini kepada ayah. Maaf, saya ingin bertanya tentang pola ayat. Adakah pola ayat ini Frasa nama +Frasa Sendi Nama? Adakah betul kerana saya kurang pasti? Mohon penjelasan. Terima kasih.Ayat yang dinyatakan terdiri daripada Frasa kerja + Frasa sendi namaTatabahasa03.06.2020
Ayat manakah yang betul? A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. B) Buku itu bukan diletakkan di atas meja. Kata Nafi "bukan" diguna sebelum "berasal dari Johor" sebagai frasa sendi. Frasa "diletakkan di atas meja" dikenali sebagai frasa sendi atau frasa kerja?

Frasa yang betul A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. Frasa "diletakkan di atas meja" sebagai frasa adjektif. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 262-263.

Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. 

Tatabahasa24.05.2023
Apakah maksud frasa "antara satu sama lain" secara lebih terperinci ? Bolehkah tuan/puan memberikan beberapa contoh penggunaan frasa ini dalam ayat ?

Untuk makluman, frasa “antara satu sama lain” sama seperti frasa “antara satu dengan yang lain” yang membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, antara kedua-dua frasa tersebut, frasa yang betul ialah “antara satu dengan yang lain”. Manakala frasa “antara satu sama lain”  pula, penggunaannya telah meluas dalam kalangan pengguna bahasa.

 

Kata “antara” dalam kedua-dua frasa tersebut berfungsi sebagai kata sendi nama yang menunjukkan “perbandingan”.  Contoh dalam ayat:

1. Mata mereka bertatapan antara satu sama lain.

2. Rakyat Malaysia saling menghormati antara satu dengan yang lain.

 

 

Tatabahasa29.07.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan 'Menjelaskan pola ayat frasa perbandingan dengan frasa kerja. Boleh beri contoh.

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Untuk makluman puan, frasa perbandingan tiada dalam rujukan Tatabahasa Dewan. Walau bagaimanpun, terdapat keterangan bandingan dalam frasa adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 415.

Tatabahasa03.01.2021
Salam sejahtera Saya ingin bertanya soalan untuk pola ayat Frasa Nama + Frasa Sendi... Perkataan yang diberikan = tangan-ayah-kelahirannya-jam-untuk-ulang-sempena-itu-tahun Jawapan:Jam tangan itu untuk ayah sempena ulang tahun kelahirannya. (Betul atau salah?) Sekian, terima kasih..
Ayat yang diberikan betul dari segi tatabahasa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan keterangan lanjut. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan.
Tatabahasa07.02.2023
12345678910...

Kembali ke atas