Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fra.sa] | فراسا

Definisi : kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fra.sa] | فراسا

Definisi : satu kata atau lebih yg dpt bertugas sbg subjek, predikat atau objek dlm pembinaan sesuatu ayat spt buku dlm ayat Saya membaca buku atau dua buah buku itu dlm ayat Dua buah buku itu ditulis olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incremental repetitionulangan meningkatKesusasteraanTiadaBentuk perulangan frasa-frasa dan baris-baris sehingga dapat memperkaya maknanya yang terdapat dalam balada.
pattems of wordspola kataKesusasteraanPuisiKerangka kata yang dipilih oleh penyair dengan teliti bagi membentuk frasa-frasa dan kalimat-kalimat dalam sesuatu baris atau rangkap puisi. Pola kata yang diturunkan umumnya terbentuk oleh adanya kombinasi pola kata huruf Konsonan� Vokal-Konsonan (KVK) atau Vokal-Konsonan-Vokal (VKV). Contohnya, puisi "Dialog" karya Kassim Ahmad. Tenteramlah (KVK) anak (VKV)
categorykategoriSosiolinguistikTiadaPengkelasan nahu seperti nama, kata kerja, subjek, predikat, frasa nama, frasa kerja dan sebagainya.
hyperbatonhiperbatonKesusasteraanPuisiFrasa yang dibentuk dan disisipkan oleh penyair antara dua frasa dalam sesuatu kalimat. Untuk membezakan frasa yang disisipkan itu dengan dua frasa di pangkal dan di hujung, penyair lazimnya menggunakan tanda sempang.
consequentkonsekuenMuzikTiada

 Frasa kedua atau terakhir dalam satu kalimat muzik dan biasanya tamat dengan kadens lengkap. Konsekuen berfungsi sebagai frasa yang membalas frasa pertama, iaitu anteseden.

phrasefrasaMuzikTiada

 Satu unit idea muzik. Sebuah frasa biasanya dibentuk dengan empai bar. Terdapat juga frasa yang lebih panjang atau yang lebih pendek daripada empat bar seperti dalam karya Zaman Romantik. Lihat juga anteseden, konsekuen, kalimat.

hyperbatonhiperbatonKesusasteraanTiadaFrasa yang disisipkan di antara dua frasa dalam sebuah kalimat.
anagramanagramKesusasteraanTiadaPerkataan atau frasa yang dibentuk dengan menukarkan huruf-huruf daripada perkataan atau frasa lain.
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
12345678910...

Kembali ke atas