Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fré.kuen.si] | فريکوئنسي

Definisi : (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fré.kuen.si] | فريکوئنسي

Definisi : /frékuénsi/ ist 1 jumlah bilangan sesuatu kejadian yg berlaku dlm sesuatu masa yg ditetapkan. 2 jalur gelombang tertentu yg membolehkan isyarat radio dipancarkan atau disiarkan. berfrekuensi mempunyai frekuensi atau menggunakan frekuensi: Penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi pihak polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frekuensi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
frekuensifrequencyBilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat.Menengah Atas
monokromatikmonochromaticCahaya yang mempunyai satu frekuensi.Menengah Atas
putaran per minitrotation per minuteUkuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal.Menengah Atas
modulasi amplitudamplitude modulationModulasi yang melibatkan perubahan amplitud gelombang pembawa frekuensi radio, bersesuaian dengan isyarat yang dipancarkan.Menengah Atas
resonansresonanceKeadaan yang mana suatu sistem bergetar pada amplitud maksimum dengan frekuensi getarannya sama dengan getaran asli.Menengah Atas
kelangsinganpitchDarjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi yang bergantung pada frekuensi.Menengah Atas
modulasimodulationPerubahan ciri sesuatu gelombang supaya bersesuaian dengan ciri gelombang yang lain. Jenis modulasi termasuklah modulasi amplitud, frekuensi dan fasa.Menengah Atas

Kembali ke atas