Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fung.si] | فوڠسي

Definisi : 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fung.si] | فوڠسي

Definisi : 1 kerja; tugas: Paru-paru mempunyai ~ yg penting dlm pernafasan. 2 ist angkubah yg dpt merupakan apa-apa nilai dan sesuatu nilai itu ada kaitannya dgn nilai angkubah yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsi

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
trigonometritrigonometryCabang matematik yang mengkaji segi tiga dan hubungan antara sisi segi tiga dengan sudutnya serta penggunaannya berdasarkan fungsi-fungsi trigonometri.Menengah Atas
fungsi trigonometritrigonometric functionFungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat ContohMenengah Atas
fungsi linearlinear functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajahMenengah Atas
fungsi kubikcubic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
fungsi kuadratikquadratic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
graf fungsigraph of functionGraf yang terhasil daripada fungsi tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
amplitudamplitudeNilai mutlak yang terbesar bagi fungsi yang berkala. Contohnya, amplitud bagi fungsi sinus ialah 1. Lihat ContohMenengah Atas
sudut rujukanreference angleSudut tirus bagi satu sudut yang diberi. Lazimnya, sudut rujukan merupakan sudut terkecil di antara sisi terminal dengan paksi-x. Nilai fungsi trigonometrinya sama dengan nilai fungsi trigonometri sudut yang diberi, sama ada positif atau negatif. Lihat ContohMenengah Atas
fungsifunctionHubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
tangentangentFungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi bertentangan sudut terhadap panjang sisi sebelah sudut pada suatu segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, tan. Lihat ContohMenengah Rendah
12

Kembali ke atas