Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fung.si] | فوڠسي

Definisi : 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fung.si] | فوڠسي

Definisi : 1 kerja; tugas: Paru-paru mempunyai ~ yg penting dlm pernafasan. 2 ist angkubah yg dpt merupakan apa-apa nilai dan sesuatu nilai itu ada kaitannya dgn nilai angkubah yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsi

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah fungsi-fungsi bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya.Lain-lain08.09.2006
Huraikan fungsi-fungsi bahasa?Antara lain, fungsi bahasa adalah untuk tujuan perhubungan atau untuk membolehkan seseorang menyampaikan maksudnya kepada orang lain secara komunikasi dua hala dsb. Untuk jawapan yang lebih lanjut, sila rujuk Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Bahasa Melayu oleh Asmah Hj. Omar.Lain-lain29.08.2006
Apakah fungsi-fungsi Bahasa Melayu di Malaysia?Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial, dan bahasa dalam urusan rasmi kerajaan.Lain-lain03.01.2007
apakah fungsi-fungsi kata ganda dan sila beri huraian untuk setiap fungsi kata ganda yang diberikan

Penggandaan ialah proses mengulangi kata dasar.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, seperti yang berikut:

1. Penggandaan penuh

2. Penggandaan separa

3. Penggandaan berentak

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis penggandaan ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 76. Terima kasih.

Lain-lain26.05.2022
SAYA NAK TANYA MENGENAI CIRI-CIRI DAN FUNGSI-FUNGSI BAHASA MELAYUCiri-ciri dan fungsi bahasa Melayu banyak dibincangkan dalam seminar anjuran DBP dan institut pengajian tinggi. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial, dan bahasa dalam urusan rasmi kerajaan. Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain07.08.2010
saudara, bolehkah saudara terangkan mengenai fungsi-fungsi bahasa secara terperinci dan apa yang dimaksudkan dengan bahasa sebagai petanda sosial?Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.Istilah02.09.2006
1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajarBagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa01.03.2012
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
Nyatakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu secara jelas dengan menunjukkan fungsi-fungsi alat artikulasi dan kedudukan daerahnya.Saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Maklumat yang diperlukan terdapat dalam buku tersebut.Lain-lain17.09.2007
PERKATAAN YANG SAMA ERTI DENGAN FUNGSIFungsi sama makna dengan tugas atau peranan.Tatabahasa25.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas