Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fung.si] | فوڠسي

Definisi : 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fung.si] | فوڠسي

Definisi : 1 kerja; tugas: Paru-paru mempunyai ~ yg penting dlm pernafasan. 2 ist angkubah yg dpt merupakan apa-apa nilai dan sesuatu nilai itu ada kaitannya dgn nilai angkubah yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsi

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
struktur beranaloganalogous structureStruktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza.Menengah Atas
nic ekologiecological nicheFungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut.Menengah Atas
biologi molekulmolecular biologyKajian struktur dan fungsi molekul organisma hidup khususnya protein dan asid nukleik.Menengah Atas
pengawalaturanregulationProses automatik bagi mengekalkan keseimbangan dan fungsi optimum sesuatu bahan.Menengah Atas
hormonhormoneBahan kimia yang merangsang atau merencat fungsi organ atau kelenjar lain. Pada haiwan, hormon dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus dalam sistem endokrin dan diedarkan ke bahagian badan melalui sistem darah.Menengah Atas
organorganBahagian atau struktur sesuatu benda hidup untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, ginjal dan peparu.Sekolah Rendah
biokimiabiochemistryKajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain.Menengah Atas
usus besarlarge intestineBahagian salur pencernaan di antara sekum dengan rektum. Fungsi utamanya ialah menyerap air dari hampas makanan dan membentuk tinja.Menengah Rendah
ototmuscleOrgan atau tisu berserabut yang selnya dapat mengecut, dan mempunyai fungsi pergerakan. Lihat RajahSekolah Rendah
tisutissueSekumpulan sel yang terbina daripada sel-sel yang sama bentuk dan fungsi.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas