Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
undang2
Kata Terbitan : undang-undang, mengundangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legal personorang perundanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaEntiti yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Dalam sistem undang-undang nasional, orang perundangan termasuk orang sebenar, syarikat, pertubuhan dan kerajaan. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan syarikat, pertubuhan dan kerajaan tidak sama dengan hak dan kewajipan orang sebenar berdasarkan perbezaan fungsi dan peranan masing-masing. Contohnya, syarikat atau pertubuhan mempunyai hak dan kewajipan untuk menyaman mana-mana pihak yang merampas hartanya atau memburukkan namanya. Dalam undangundang antarabangsa, orang perundangan termasuklah negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hak dan kewajipan seperti membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa.
administrative lawundang-undang pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan yang menetapkan tatacara mengawal pentadbiran sesebuah negara. Undang-undang ini wujud daripada keperluan untuk membentuk dan membangunkan sistem pentadbiran awam yang cekap dan berkesan serta mengandungi cabang kod undang-undang sesebuah masyarakat. Antara fungsi undang-undang ini ialah menetapkan had kegiatan yang dimaksudkan dan menyediakan peluang tuntutan yang adil. Chandler dan Plano menekankan bahawa undang-undang ini adalah bentuk undang-undang yang dibuat dan digunakan oleh agensi kerajaan untuk melaksanakan tugas pentadbiran. Kuasa pelaksanaan perundangannya diberikan oleh badan perundangan. Sesuatu tindakan yang tidak sah boleh dikemukakan kepada mahkamah untuk dibicarakan menurut undang-undang pentadbiran.

legislative functionfungsi perundanganUndang-undangTiadaKuasa yang diberikan kepada sesuatu badan atau seseorang individu untuk membuat perundangan.
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.
Federal Legislative CouncilMajlis Perundangan PersekutuanPentadbiranTiadaBadan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal undang-undang di peringkat persekutuan. Fungsi utama Majlis Perundangan Persekutuan adalah untuk menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang, meluluskan belanjawan negara dan mengenakan cukai-cukai baru.
quasi-legislative functionfungsi kuasi-perundanganUndang-undangTiadaTiada
separation of powersperasingan kuasaUndang-undangTiadaDoktrin yang mengasingkan fungsi pemerintahan kepada tiga badan, iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan.

Kembali ke atas