Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.bra] | ݢابرا

Definisi : bp keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut: dia kelihatan ~ apabila dimarahi oleh ibunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabra


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan gabra ini tidak boleh digunakan untuk penulisan surat rasmi. Namun bolehkah digunakan untuk penulisan dalam novel? Contohnya: Ali gabra apabila melihat lelaki itu. Betulkah ayat ini?

Perkataan "gabra" digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan.

Lain-lain24.08.2020
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi.

Saudara,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain19.12.2009
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010

Kembali ke atas