Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.dang] | ݢادڠ

Definisi : Mn besar; menggadang bersikap angkuh (congkak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dang] | ݢادڠ

Definisi : Jk; bergadang berjaga sepanjang malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dang] | ݢادڠ

Definisi : sj penampi (beras, kacang, dll) yg bulat dan besar, badang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dang] | ݢادڠ

Definisi : nyiru yg bulat bentuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gigi gadanggigi gadangKesenianTiadaGigi jentera halus yang ke-6 hingga ke-20, di kiri dan kanan jentera yang menjadi laluan 3 urat benang lungsin bagi setiap antara gigi tersebut. Istilah ini bergantung pada teknik tenun kain, biasanya dalam teknik tenun halus tidak diamalkan.
overbannertajuk gadangKomunikasiKorporatPenulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar..
great circlebulatan besar , bulatan gadangGeologiTiadaSebuah bulatan di permukaan bumi di mana satahnya melalui titik tengah bumi.
meridianmeridianGeologiTiadaBulatan gadang khayalan di permukaan bumi yang melalui kutub dan serenjang dengan khatulistiwa, menghubungkan semua titik yang sama garis bujurnya.
circumferencelilitanGeologiTiada1. Ukur keliling objek atau jasad.,2. Panjang sebarang bulatan gadang di sfera. (
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.
pupuikpupuikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip yang berid. Pupuik terdiri daripada paip yang mempunyai empat lubang jari dan sekeping rid yang terkandung di dalam paip tersebut. Pada hujung paip alat muzik ini dipasang sehelai daun kelapa yang digulung dalam bentuk kon yang dikenali sebagai pupuik gadang manakala dalam bentuk kon tanduk kerbau, dikenali seba­gai pupuik tanduk. Bahagian kon tersebut berfungsi sebagai alat bergaung untuk menguatkan bunyi. Alat muzik yang di­tiup pada pangkal ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong. Pupuik yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia, dimainkan oleh suku kaum Minangkabau.

randairandaiMuzikTiada

 Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia.


Kembali ke atas