Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1 anak perempuan yg sudah boleh berkahwin; anak dara: Muka ~ itu ditenungnya tepat-tepat. 2 anak perempuan yg belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya: Walaupun umurnya sudah 35 tahun, tetapi ia masih ~. ~ besar anak perempuan yg berumur kira-kira 18 tahun. ~ kecil anak perempuan yg berumur kira-kira 13 tahun. ~ sunti anak perempuan yg belum baligh. ~ tua anak perempuan yg sudah tua dan belum berkahwin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadis

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti gadis sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perawan yang pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hero-worshipvt memuja(-muja): how the girls ~ him, betapa gadis-gadis itu memujanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
within ~, /bergaul, bercampur/ dgn: the girls are in ~ the wrong crowd, gadis-gadis itu bergaul dgn kumpulan yg tdk baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rotan (esp UK) jadual: the girls have a cooking ~, gadis-gadis itu ada jadual masak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lasciviousadj penuh berahi: he watched the girls with ~ eyes, dia memandang gadis-gadis itu dgn mata penuh berahi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lasciviousadj penuh berahi: he watched the girls with ~ eyes, dia memandang gadis-gadis itu dgn mata penuh berahi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gigglevi mengekek, (ketawa) berdekit-dekit: the girls were talking and giggling, gadis-gadis itu bercakap-cakap dan ketawa berdekit-dekit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turned outadj berpakaian: the village girls were all prettily ~ on the day of the feast, gadis-gadis kampung itu berpakaian cantik pd hari kenduri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trio3. composition for three voices or instruments, lagu trio: the girls sang a ~, gadis-gadis itu menyanyikan lagu trio; a ~ for piano, violin and cello, lagu trio utk piano, violin dan selo.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seize ~ /on, upon/ , terus + approp v: these girls would ~ upon any offer to act in films, gadis-gadis ini akan terus menerima sebarang tawaran utk berlakon dlm filem;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ off into, [various translations]: the teenage girls went off into shrieks of laughter, gadis-gadis belasan tahun itu ketawa terkekeh-kekeh; she went off into a dead faint at the sight of the blood, dia jatuh pengsan apabila melihat darah; ~ off with, (colloq) a. run away together, lari dgn: he went off with his neighbour’s wife, dia lari dgn isteri jirannya; b. take without permission, melarikan: she went off with my book, dia melarikan buku saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas