Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : nama sj burung berbulu hitam yg suka memakan bangkai, Carvus macrorhynchos macrorhynchos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagak

Puisi
 

Gagak terbang dua kali lapan,
     Hinggap di pohon malim dewah;
Harap tuan saya tak makan,
     Nasi disuap pinggan pecah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun,
     takkan putih bulunya.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
onomatopoeiatiru bunyiKesusasteraanPuisiBahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ...
ikat kaki gagakikat kaki gagakKesenianTiada

Ikatan penghubung dan pengukuh bingkai yang berbentuk tapak gagak yang menghubungkan mulut bakul dengan bingkai, lazimnya pada bakul selok, sintong dan ingen. Sinonim abak entang.

CrowGagakFizikTiadaTiada
CorvusCorvus (Gagak)MatematikTiadaBuruj kecil hemisfera selatan yang agak jelas kelihatan dan berhampiran dengan bintang Spica. Empat bintangnya yang tercerah terdiri daripada bintang magnitud kedua dan ketiga.
rayen blackhitam gagakKesenianTiadaTiada
crow's feetkaki gagakKesenianTiadaTiada
crowfoot drainage patternpola saliran kaki-gagakGeologiTiadaTiada
folk etymologyetimologi rakyatKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang bercorak asal usul. Contoh: asal gagak berbulu hitam, sebab ayam mengais mencari makan.
kaki kak (Ib)kaki kak (Ib)KesenianTiadaIkatan penghubung dan pengukuh bingkai yang berbentuk tapak gagak yang menghubungkan mulut bakul dengan bingkai lazimnya pada bakul selok, sintong dan ingen.
abak entang (LB.)abak entang (LB.)KesenianTiada

Lihat ikat kaki gagak.

12

Kembali ke atas