Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gang] | ݢاݢڠ

Definisi : 1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur; ~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang; ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;menggagang mempunyai sulur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gang] | ݢاݢڠ

Definisi : 1 bahagian pangkal daun, buah atau bunga yg tidak berteras dan melekat pd ranting atau pd batang pokok; tangkai. 2 batang tumbuh-tumbuhan yg menjalar atau melilit, spt batang sirih. 3 bahagian drpd sesuatu yg dipegang apabila menggunakannya: ~ keris hulu keris; ~ pena batang pena; ~ telefon bahagian pd telefon yg dipegang apabila bercakap (semasa menelefon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagang

Puisi
 

Sirih pinang gagang pinang,
     Patah pucuk si gembila;
Cahaya pinang naik ke kening,
     Cahaya sirih naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Sirih gagang tumbuh di batu, Buluh hutan buatkan galah; Kasih sayang tak boleh tentu, Jodoh pertemuan di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sirih kuning gagang layu, Hentam panas sembilan bulan; Sirih kuning hajat aku, Hendak bertemu dengan tuan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bertepuk gelombang sampan, Singgah ke tajuk gagang sirih; Duduk selapik sedaun makan, Hati di dalamlah berselisih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tutunglah dia tutung pelita, Pakai menyuluh si gagang sirih; Berperanglah datang dengan dewa, Hendak merebut intan terpilih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Bugis memberi salam, Pak Utih menyambut girang; Menangis siang menangis malam, Sirih tidak pulang ke gagang.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas