Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ga.san] | ݢاݢسن

Definisi : buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ga.san] | ݢاݢسن

Definisi : buah fikiran atau cita-cita yg masih dlm ingatan: Mereka digesa menjayakan ~ Maphilindo itu dgn segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antithesisantitesisKesusasteraanPuisiGaya unsur puisi yang mengungkapkan gagasan-gagasan yang berlawanan, dengan menggunakan perkataan atau frasa yang seimbang. Contohnya, peribahasa di bawah. 'Patah sayap bertongkat paruh'
phenomenologyfenomenologiKejuruteraanTiada, dan penekanan dasar dan pengesahan intuitif bagi gagasan-gagasan formal.
ideographideografKesusasteraanPuisiGambaran gagasan atau wawasan yang diungkapkan oleh seseorang penyair dalam puisinya. Lazimnya ideogram yang disisipkan dalam puisi adalah gagasan atau wawasan yang menjadi pegangannya. Contohnya, Usman Awang menyisipkan gagasan atau konsep Seni untuk Masyarakat (SUM) dalam puisi yang dihasilkannya pada tahun 1950-an, kerana beliau memang berpegang teguh kepada gagasan itu. Begitu juga dengan penyair yang menyisipkan ideogram Realisme Sosialis dalam puisi mereka sewaktu Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) menguasai perkembangan Kesusasteraan Maden Indonesia (1950-an - 1960-an).
consumerismkepenggunaanKomunikasiTiadaGagasan untuk memberikan kesedaran mengenai hak dan kepentingan orang ramai sebagai pengguna. Gagasan ini berlandaskan kepada perjuangan untuk membela kepentingan pengguna daripada menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak peniaga. konsumerisme.
centroidsentroidMekanikGunaanPusat geometri bagi lembaga. Gagasan sentroid adalah sama dengan gagasan pusat jisim dan pusat graviti dengan dimensi geometri jasad itu boleh dianggap sebagai terpumpun di sentroidnya dan prinsip momen dikenakan kepada dimensi unsur infinitesimal. Sentroid wujud untuk jasad satu dimensi, jasad dua dimensi dan jasad tiga dimensi dengan masing-masing dimensi geometri yang terlibat ialah panjang, luas dan isi padu. Ungkapan untuk koordinat sentroid C(xc,yc,zc) diberikan oleh hubungan, xc = (x dK)/K yc = (y dK)/K zc = (z dK)/K dengan K sebagai kuantiti geometri yang berpadanan, iaitu panjang L untuk kes 1-D, luas A untuk kes 2-D dan isi padu V untuk kes 3-D; (x,y,z) ialah koordinat bagi unsur dK. Bagi jasad yang mempunyai jisim tentu r yang seragam, sentroidnya sekena dengan pusat jisim jasad itu. lihat juga sentroid jasad rencam.
Copernican systemsistem CopernicusMatematikTiadaGagasan sistem sunda yang dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus pada tahun 1543 yang menolak gagasan sistem suria yang lama yang mengatakan bahawa matahari beredar mengelilingi bumi sebagai pusat dengan mengatakan pusat sistem suria adalah matahari, dan bumi hanya sebagai salah sebuah planet, yang beredar mengelilingi matahari dalam satu orbit yang berbentuk bulat.
broad acre citybandar melebarKesenianSeni BinaGagasan perbandaran yang telah diilhamkan oleh seorang tokoh arkitek moden, iaitu Frank Lloyd Wright. Gagasan tersebut mencadangkan supaya pembangunan bandar tidak perlu dipusatkan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan sebagaimana yang berlaku di New York. Perhubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain boleh dilakukan dengan menggunakan kenderaan seperti kereta api atau dengan berjalan kaki.
abstractionpemujaradanKesenianSeni BinaProses pemikiran atau gagasan berkaitan sesuatu yang diperoleh daripada penggunaan pemikiran sebenar atau melalui kaedah tertentu. Pemujaradan boleh dibentuk dengan mengurangkan kandungan maklumat sesuatu gagasan, biasanya untuk mengekalkan hanya maklumat yang berkaitan bagi tujuan tertentu. Pendekatan pemujaradan dalam seni bina mungkin tidak berlaku sepenuhnya kerana seni bina tidak�mengamalkan pendekatan pemujaradan dalam reka bentuknya. Walau bagaimanapun, pendekatan yang hampir menyamai pendekatan pemujaradan dalam seni bina terdapat dalam gaya dekonstruktivisme, semiotikisme, pascastruktural dan sebagainya. Pendekatan pemujaradan�banyak dilakukan dalam penghasilan lukisan yang juga dinamai �modern art�.
discriminant validitykesahan diskriminanPsikologiPsikologi UmumKesahan yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kesahan gagasan, iaitu sejauh mana sesuatu ukuran itu mengukur gagasan yang ingin dinilai. Kesahan ini penting untuk menilai alat ujian baharu yang diukur. Contohnya, kesahan diskriminan antara dua alat ujian dikatakan wujud apabila korelasi antara keduanya rendah. Dengan kata lain, satu ujian dapat mendiskriminasikannya dari yang lain. Umpamanya, jika korelasi antara ujian kepuasan hidup dengan ujian afek positif adalah rendah, maka kepuasan hidup itu boleh didiskriminasikan daripada afek positif.
constructbina; gagasanFizikTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas