Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.la/] | ݢالق

Definisi : 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : ; penggalak ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : kerap; ~ kali kerap kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : mempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galak

Puisi
 

Landak makan buah salak,
     Kumat lumat dengan bijinya;
Api neraka kalau tak galak,
     Umat belum takut dirinya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan.

Bermaksud :

Orang yang besar tubuh tetapi penakut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan menggalakkan mempunyai dua huruf "g"?Perkataan galak apabila menerima imbuhan meN menjadi menggalakkan (meng + galak + kan). Oleh yang demikian perkataan tersebut mempunyai dua huruf g.   Ejaan26.03.2009
Berkenaan dengan liputan berita BBK 2011: Galak Penerbitan Buku Ilmiah Dalam Bahasa Melayu (http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Galak_Penerbitan_Buku_Ilmiah_Dalam_Bahasa_Melayu.html), Berikut adalah soalan dan pendapat yang diposkan di laman Facebook DBP: "Soalan & pendapat: Adakah DBP akan menyemak semula dan mempiawaikan istilah sains, teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan ini? Saya rasa penyemakan semula adalah perlu kerana banyak istilah adalah hasil dari terjemahan harfiah dari bahasa Inggeris ('kayu ria' adalah contoh paling popular) dan langsung terkeluar dari konteks maksud sebenar. Istilah yang selari dengan konteksnya akan dapat menyumbang kepada penyampaian yang lebih berkesan dalam penulisan akademik."Pihak kami sememangnya menyedari keperluan kepada pemiawaian dan penyelarasan istilah-istilah yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, usaha ini sedang giat dilakukan secara berperingkat mengikut perancangan yang telah disusun di dalam Perancangan Strategik Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera bagi tahun 2011 hingga 2015. Pada akhir tahun 2015, dianggarkan sebanyak 500,000 istilah akan diselaraskan dan dipiawaikan. Untuk makluman saudara (merujuk contoh yang saudara berikan), istilah bahasa Inggeris bagi perkataan 'joystick' mempunyai dua padanan istilah bahasa Melayu yang telah digubal dan ditentusahkan berdasarkan piawai penggubalan istilah DBP oleh pakar-pakar bidang yang dilantik. Kedua-dua padanan tersebut ialah:  1. Kayu ria - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Kejuruteraan (1994 & 2005), dan Kamus Komputer (1995).2. Kayu bedik - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Teknologi Maklumat Jilid 1 (2000) dan Kamus Sains dan Teknologi (2008). Istilah18.10.2011
Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasihUntuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain16.06.2014
Apakah ejaan yang betul, 'penggalakkan' atau 'penggalakan'?Ejaan yang betul ialah penggalakan, kata galak menerima apitan peN-...-an (bukan peN-...-kan), terhasillah penggalakan.Ejaan09.04.2014
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan/Puan Mohon bertanya bagi ejaan : Peruntukan Memasukkan Menggalakkan Terima kasihEjaan yang betul ialah peruntukan (apitan per-...-an + untuk), memasukkan (apitan meN-...-kan + masuk) dan menggalakkan (meN-...-kan + galak).Tatabahasa25.04.2014
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
saya ingin mengetahui kaedah penuisan bagi perkataan yang menggunakan konsonan ' k ' contoh ; dinaikkan @ dinaikanJawapannya ialah kata akar yang ejaannnya berakhir dengan huruf 'k'. Apabila digunakan dalam ayat pasif, kata tersebut dieja dengan dua 'k'. Contohnya ialah 'naik'- dinaikkan'. 'masuk'- 'masukkan' dan perkataan 'galak'- 'digalakkan'. Harap maklum.Tatabahasa26.09.2007
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006

Kembali ke atas