Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.la/] | ݢالق

Definisi : 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : ; penggalak ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : kerap; ~ kali kerap kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : mempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galak

Puisi
 

Landak makan buah salak,
     Kumat lumat dengan bijinya;
Api neraka kalau tak galak,
     Umat belum takut dirinya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan.

Bermaksud :

Orang yang besar tubuh tetapi penakut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Galak anak membacaAwangku KhaiderUtusan Sarawak22.08.2008
Galak orang Melayu bisnes-Mingguan Perdana13.04.2008
Galak bahasa Melayu: tokoh2 bahasa dan budaya alu langkah SingapuraTiadaUtusan malaysia05.03.1992
Galak generasi muda kenali warisan-Harian Metro22.02.1992
Galak membaca: DBP jual buku potongan 50 peratusTiadaUtusan Malaysia26.03.1985
Galak sertai Jiran Muda dibincangTiadaUtusan Malaysia12.11.1994
Galak filem nilai murniRamlah ZainalHarian Metro (Bintang)16.06.2005
KKBS galak swasta taja program kebudayaanJahara AliasMingguan Wanita03.05.1985
Anugerah galak penulisanAzizi osmanBerita harian18.12.1992
Usaha galak minat membaca ditingkatTiadaBerita Harian14.08.1991
123456

Kembali ke atas