Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.la/] | ݢالق

Definisi : 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : ; penggalak ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : kerap; ~ kali kerap kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la/] | ݢالق

Definisi : mempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galak

Puisi
 

Landak makan buah salak,
     Kumat lumat dengan bijinya;
Api neraka kalau tak galak,
     Umat belum takut dirinya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan.

Bermaksud :

Orang yang besar tubuh tetapi penakut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lubang galak (Mal)lubang galakKesenianTiadaPanggilan lubang ibu jari alat serunai di Kelantan.
overboostgalak lebihKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan udara berlebihan dalam kebuk pembakaran yang di- janakan oleh pengecas turbo atau pengecas lampau. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya letusan semasa pembakaran dan boleh merosakkan enjin. Keadaan ini boleh dielakkan dengan menggunakan pintu lepasan. Pintu ini akan terbuka untuk melepaskan tekanan yang berlebihan dan mengehadkan tekanan galak maksimum.
gravitational boostgalak gravitiAeroangkasaTiadaTeknik menambah pecutan dan mengubah arah pesawat dengan menggunakan medan graviti sesuatu planet.
boost gaugetolok galakKejuruteraanTiadaTiada
boost controlkawal galakKejuruteraanTiadaTiada
boost chargecas galakKejuruteraanTiadaTiada
voice-actuatedsistem galak suaraPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang mengenal dan bertindak balas terhadap suara manusia yang tertentu.
shifting pumppam galakKejuruteraanTiadaPam yang digunakan untuk mengepam bahan api ke enjin utama.
boost phasefasa galakAeroangkasaTiadaSebahagian daripada masa pelancaran apabila tujahan dikenakan.
boosted brakebrek galakKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSejenis brek sumber kuasa yang menggunakan silinder induk. Tekanan hidraulik daripada sistem kuasa hidraulik pesawat udara diperlukan untuk menghasilkan daya pada silinder induk.
123

Kembali ke atas