Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.la.kan]/[ga.la/.kan] | ݢالقن

Definisi : dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.la.kan]/[ga.la/.kan] | ݢالقن

Definisi : semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan k dalam perkataan samada perlu 2 atau 1 k sebagai contoh galakkan atau galakan.Kedua-dua ejaan betul.  Kata nama galakan, bermaksud dorongan, desakan. Contoh ayat : Ia memberi galakan kepada belia supaya menjadi ahli sukan. Manakala galakkan termasuk dalam kategori kata kerja yang bermaksud memberi galakan, memberi desakan. Perkataan ini dalam ayat ajuk sahaja. Contoh ayat: “Galakkan anak anda menabung dari usia muda,” kata penceramah itu kepada peserta yang hadir. Tatabahasa16.07.2014
Saya ingin tahu penggunaan kata "MEMBERI" dan MEMBERIKAN" 1. Ibu memberikan wang kepada adik. ATAU Ibu memberi wang kepada adik 2. Peristiwa itu memberi pengajaran. ATAU Peristiwa itu memberi pengajaran. 3. Guru memberi galakan. ATAU Guru memberikan galakan. 4. Guru Besar memberi ucapan. ATAU Guru Besar memberikan ucapan.Kata 'memberi' diikuti dengan  kata  nama  objek  bernyawa, seperti : Ali memberi adiknya sebatang pen. Manakala 'memberikan' diikuti  kata  nama  objek tidak bernyawa, seperti : Ibu memberikan nasihat kepada anaknya. Dalam contoh ayat yang dikemukakan, yang betul ialah (1), (3b) Guru memberikan galakan, (4b) Guru Besar memberikan ucapan.Tatabahasa15.07.2010
Apakah pandangan dan cadangan DBP terhadap penggunaan Bahasa Melayu di dalam Filem?Apakah yang DBP boleh lakukan?DBP memberi pengiktirafan kepada penerbit filem tanah air menerusi Hadiah Galakan Filem Melayu, Anugerah Citra Wangsa Malaysia yang telah dianjurkan sejak 15 tahun yang lalu. Hadiah galakan ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam filem.Lain-lain05.03.2007
Di samping itu, saya mempunyai sekumpulan kawan di sekolah yang mempunyai hobi yang sama dengan saya. Kami sering berkongsi idea dan memberi galakan ____________________. Betulkah saya guna " antara satu sama lain “ ? Apakah frasa yang lebih tepat boleh digunakan ?Ayat yang betul ialah Kami sering berkongsi idea dan memberi galakan antara satu sama lain. Tatabahasa26.08.2014
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan.(1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import
(2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung
(3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri
Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan.
(4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan
Penyemakan dan penterjemahan08.12.2017
1. Incentive Award Certificates 2. threats and vulnerabilities 3. stops cargo theft in its tracksi. Anugerah hadiah galakan. ii. Ancaman dan mudah diserang. iii. Menghalang kecurian kargo semasa penghantaranEjaan09.08.2006
Mohon pengesahan ejaan dan penggunaan istilah Bacathon adalah silap dan perlu menggunakan ejaan : BACATON yang merujuk kepada acara dan aktiviti galakan membaca dan mempromosi karya ( persuratan ) Istilah ini tiada dalam Kamus Dewan maka saya mencadangkan pihak DBP membantu saya mengesahkan istilah tersebut dan mempromosi penggunaannya sempena Program Jelajah Buku Aspirasi Pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013Untuk makluman tuan, perkataan bacathon atau bacaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan bacathon pun sepatutnya dieja sebagai bacaton dalam bahasa Melayu.Tatabahasa02.04.2013
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARANInsentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat.Makna26.09.2012
apakah sumbangan yang dihulurkan oleh dbp untuk perkembangan BM sejak ditubuhkan?Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah dsb. diterbitkan.Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lain-lain18.04.2009
Apakah perbezaan perkataan insentif dan inisiatif? Berikan contoh ayat untuk kedua perkataan di atas.

(insentif) pemberian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan oleh kerajaan, penjual, syarikat dsb, sbg galakan atau dorongan untuk bekerja lebih kuat, melabur, membeli.

Contoh ayat:  Kerajaan Malaysia juaga banyak memberi insentif dr segi pelaburan dan pengurangan cukai dlm bidang pertanian. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) daya usaha tindakan dll yg mula-mula diambil utk menyelesaikan sst masalah, menangani sst projek.

Contoh ayat:  PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dlm usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) kebolehan utk melihat apa-apa yg perlu dilakukan dan berusaha utk menjayakannya.

Contoh ayat:  Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas utk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi utk menguatkan dan menyatukan dunia Islam. (KAMUS DEWAN PERDANA)

Makna21.09.2023
12

Kembali ke atas