Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lang] | ݢالڠ

Definisi : benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lang] | ݢالڠ

Definisi : sj tumbuhan (herba), Spilanthes acmella; ~ dapur sj tumbuhan (pokok), Vitex longisepala; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus giganteus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lang] | ݢالڠ

Definisi : , = galang-galang sesuatu yg dipasang melintang utk dijadikan landasan, penopang dll. ~ kepala bantal. ~ perahu kayu atau balak tempat meletakkan perahu yg hendak dibaiki atau dibersihkan. ~ rata galang yg rata permukaannya. ~ V galang yg terdiri drpd dua landasan (landasan luar dan landasan dalam) yg diletakkan agak renggang. bergalang 1 menggunakan galang; ada galangnya. 2 (sedang) terletak di atas galang; berada di atas galang. menggalang 1 memberi bergalang; menyokong; menyangga: Ia ~ kepalanya dgn bantal. 2 tidak membiarkan atau tidak melepaskan; menghalang. Ia tidak pernah ~ kemahuan anaknya. menggalangkan 1 menjadikan sesuatu sbg galang; menggunakan sesuatu utk menggalang: Ahmad berbaring di atas katil sambil ~ tangan kirinya di bawah kepalanya. 2 meletakkan (perahu dll) di atas galang perahu: Mereka ~ perahu yg bocor itu. galangan 1 tempat membaiki perahu atau kapal di darat. 2 sesuatu yg menghalang; halangan: Jika tidak ada ~ apa-apa, insya-Allah, saya akan pergi ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galang

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cross girdergalang silang; galang majmukKejuruteraanTiada1. Galang pendek yang bertindak sebagai pengikat di antara dua galang utama.,2. Anggota yang memindahkan beban laluan jalan kepada galang-galang utama jambatan.
girdergalangKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk utama yang menyokong beban yang berat. Contohnya ialah galang plat, galang kekisi dan galang keluli.
kayu masamkayu masamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Aporusa spp daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bagil, galang-galang, dan penatan. Spesies utama kayu masam termasuk Aporusa aurea, A. elmeri dan A. grandistipulata. Gubal kayu ini agak sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, kerana kehadiran sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan keras. Kayu masam mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat perabot, kasau, dan hulu peralatan.
composite girdergalang kompositKejuruteraanKejuruteraan BangunanGalang plat atau galang yang terdiri daripada gabungan beberapa jenis bahan struktur.
beam trawlpukat tunda galangSains MarinTiadaSejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m.
bow girdergalang busurKejuruteraanKejuruteraan BangunanGalang yang dibina melengkung arah mengufuk. Ia bertindak sebagai layar gerbang (spandrel) di atas struktur fasad untuk menyokong struktur langkan. Galang busur terdedah kepada lenturan dan putiran.
continuous bridge girdergalang jambatan berterusanKejuruteraanTiadaGalang jambatan yang terikat dan tersokong pada tiga tempat atau lebih, dan berkeupayaan merintangi daya lentur dan daya ricih di semua keratan di sepanjang galang itu.
continuous bridge gridergalang jambatan selanjarKejuruteraanTiadaGalang jambatan yang terikat dan disokong pada tiga tempat atau lebih, dan berkeupayaan merintangi daya lentur dan daya ricih pada semua keratan di samping galang.
bowstring girdergalang berbusurKejuruteraanKejuruteraan BangunanGalang yang dapat digunakan sebagai perentang oleh kerana tindak balas mengufuk yang dirintangi oleh pengikat yang dipanggil busur. Perentas di bahagian atas lengkung ditegarkan oleh anggota-anggota pepenjuru. Kekuda Belfast merupakan salah satu contoh galang busur yang dapat digunakan untuk rentang struktur sehingga 15 m.
nose bargalang penekanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPalang logam yang terletak di hadapan mata pisau pengupas atau penghiris venir. Galang pengimbang digunakan untuk memberi daya mampatan kepada permukaan balak dan mengurangkan pecah atau belah pada kepingan venir. Sin: galang penekan.
12345678

Kembali ke atas